Thursday, November 21, 2013

Kerja-kerja pembinaan Surau Nurul Falah

Kerja-kerja merobohkan surau telah dilakukan pada 1 Muharram 1435H yang lepas. Diikuti dengan kerja-kerja menambak dan meratakan tanah. kerja-kerja pembinaan telah bermula pada pertengahan Dec 2013 lepas. Setakat ini Alhamdulillah pembinaan sedang berjalan dengan lancar.  
Kepada tuan/puan yang sudi menginfak dana masih diperlukan untuk pembinaan surau ini. Semoga amal jariah ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

gambar surau terkini

                                               terbaru pembinaan surau nurul falah Ijok
                                                      kuda-kuda besi akan dipasang
bilik Imam dan bilik PA system 








surau sementara dibina untuk solat waktu bagi perkerja atau
orang kampung











                                                   kerja-kerja mengukur keluasan untuk pembinaan surau

                                                        gambar asal surau
                                                 gambar asal surau
                                                          mimbar imam
                                                         ruang solat
tandas yang telah siap sebelum Ramadhan 1434H
                                                         lakaran tapak surau
                                                     lakaran bangunan surau

Thursday, November 7, 2013

QURBAN 1434H/2013



Alhamdulillah qurban 1434H telah pun berlalu dengan niat hajat untuk menhadiahkan daging-daging qurban kepada hamba Allah yang auliyat iaitu mereka-mereka yang selayaknya diagihkan. Semoga kita mendapat pahala 100% dari Allah SWT atas usaha murni ini dan semoga akan berterusan pada tahun-tahun akan datang dengan banyak lagi lembu-lembu yang dapat dihantar ke kampung-kampung.
Untuk makluman setiap kampung yang diberi lembu hanya dapat agihan sebanyak 1/2 kg sahaja satu keluarga oleh kerana kita hanya dapat menghantar seekor lembu pada setiap kampung. InshaAllah pada tahun mendatang kita cuba dapatkan sekurang-kurangnya 2 ekor setiap kampung.
Kepada semua peserta Qurban semoga Qurban kalian diterima disisi Allah SWT.

Gambar-gambar yang diterima dari tempat-tempat agihan saperti dalam artikel terdahulu. Maaf untuk qurban di Kemboja tidak ada gambar diterima, juga dari Rumah Anak Yatim Manjoi dan Parit Buntar masih belum terima. Maaf diatas kelewatan post artikel ini.

Kg Tamau Kota Blud Sabah.








KAFA Lembah Subang









Surau Ibnu Zakaria Kg Luat Lenggong Perak - ketiga-tiga ekor disembelih disini dan diagihkan kepada 3 kampung yang dalam senarai artikel lepas.









Kg Sg Simpol Ijok Perak









Batu Kurau - Ust Tajudin sembelih di ladang dan semua daging disimpan dalam freezer di maahad beliau dan diagihkan pada penduduk kampung sekitar.

Pada 19/10/13 agihan daging qurban yang diberi oleh Surau Baitulrahmah Putra Heigh sebanyak 80kg telah dihantar ke Kampung Pengkalan Gate Lahat Ipoh Perak. Alhamdulillah daging qurban tersebut dapat diagihkan kepada penduduk kampung yang rata-ratanya hanya mendapat 1/2 kg sahaja daging pada Hari Raya Qurban tempoh hari. Alhamdulillah kami dapat mengagihkan sebanyak 2kg p/family.






zakat juga diberi kepada wakil di Kg Pengkalan Gate untuk anak-anak ini,
ibu mereka tiada dirumah kerana keluar berniaga. Lima dari mereka tidak bersekolah

bantuan zakat juga diberi kepada keluarga miskin ini


daging qurban diserahkan kepada wakil kami di Kg Pengkalan Gate Lahat Ipoh



keadaan dalam rumah



rumah yg sangat daif masih diduduki oleh keluarga miskin seramai 8 orang tinggal disini