Thursday, July 28, 2011

Misi Bantuan Ramadhan

InsyaAllah gambar-gambar bantuan di Kg Temelung , Kg Chepo Lenggong juga di Kuala Kurau , Lembah Subang dan Ibu Tunggal Kg Melayu Subang akan di upload dalam masa terdekat.


Misi Bantuan Ramadhan ke Lenggong dan Baling pada 15/7/2011 bertolak dari KL selepas subuh sampai di Kg Temelung Lenggong jam 10.30 pagi. Kurma diturunkan dirumah wakil Lenggong Cikgu Jan. Seramai 100 orang penerima bantuan 50 dari Kg Temelung dan 50 dari Kg Chepo Lenggong. Selepas selesai kami terus bertolak ke Baling sampai disana jam 12.30 tengahari. Selepas solat Zohor kami terus kerumah Cikgu Khutob di Kg Becah Sawah, disini seramai 26 penerima dari kalangan ibu tunggal warga emas. Setelah selesai kami terus ke Kg Memali, disana seramai 24 penerima juga dikalangan ibu tunggal warga emas dan majlis penyampaian diadakan disalah sebuah kedai sahabat disitu.


Alhamdulillah setelah selesai pada jam 6.00 petang kami terus kerumah cikgu Non wakil di Baling untuk berehat seketika dan kami terus bertolak balik ke KL selepas solat maghrib dan sampai di KL jam 2.30pagi.


Syukur Alhamdulillah kesemuanya seramai 150 orang dari 3 buah kampung dapat diagihkan bantuan Ramadhan kali ini dan insyaAllah sekiranya dana berterusan kami akan menghantar untuk round ke 2 dan seterusnya. (gambar-gambar yang diambil pada hari tersebut)


InsyaAllah misi seterusnya pada hari Sabtu 30/7/2011 ke Kuala Kurau seramai 36 keluarga telah dipilih menerima sumbangan dan pada hari Ahad 31/7/2011 sumbangan akan diberi pada penduduk Lembah Subang iaitu seramai 24 keluarga pada jam 11.00pagi bertempat di Dewan Penduduk Blok D dan sebelah petang lepas asar bertempat di Surau PKNS Taman Subang seramai 17 ibu tunggal akan menerima bantuan Ramadhan. Kepada semua yang ingin turut serta bolehlah hadir pada waktu tersebut.


Semoga usaha kita berterusan dan saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua semoga Ramadhan kali ini yang terbaik didalam hidup kita kerana kita tidak pasti samada kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan akan datang.














Balu As-Syahid Ust Ibrahim




























































































































sedang menyusun barang




yang akn diagihkan































wakil Kg Temelung






wakil Kg Chepo
































Sunday, July 17, 2011

Rumah Baru Adik Nasha (OKU)

Segala puji dan syukur bagi ALLAH SWT yang telah menyempurnakan misi bantuan kita kepada Adik Nasha (OKU) dan ibunya Puan Rohaya. Rezeki adik Nasha melimpah-limpah semenjak beritanya disiarkan di blog dan email. Segalanya dari Allah dan kepadaNya juga kita semua akan dikembalikan.
Semoga misi bantuan saperti ini dapat diteruskan dan agar kita semua dapat beristiqomah memberi bantuan kepada sesiapa juga yang memerlukan pertolongan. Kita hanya dihantar oleh Allah SWT sebagai wakil untuk menyampaikan semuanya ini tetapi pertolongan yang terbesar adalah dari Allah SWT untuk hamba-hambaNya.
Selesailah sudah misi bantuan kali ini dengan majlis doa selamat yang telah diadakan pada 15/7/2011 selepas maghrib dirumah baru adik Nasha. Pada keesokkan hari iaitu 16/7/2011 pula telah diadakan penyampaian sumbangan kepada 5 keluarga miskin di Blok D. Pihak TM telah menyediakan sumbangan kepada keluarga-keluarga tersebut berupa barangan dapur dan juga wang tunai.
Jutaan terima kasih kepada semua individu yang telah menyumbang bagi menyiapkan rumah ini dan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan terima kasih kepada syarikat Telekom Malaysia Bangsar (HQ)terutamanya dari BAKIT, Kelab Sukan dan lain-lain. Mereka adalah penyumbang terbesar dalam misi bantuan adik Nasha ini.
Semoga rezeki kalian semua bertambah, dipanjangkan umur dan sentiasa didalam keberkatan dan rahmat Allah SWT.



wakil TM bersama isteri
berbual dengan adik Nasha


hamper dan kunci rumah
baru disampaikan kepada
Puan Rohaya








ibu tua yang buta (OKU)








dua keluarga mualaf









dua keluarga yang pendapatan
kurang RM1K sebulan dengan
anak 5-6 orang
















sumbangan untuk ustaz

dan tahfiz An Nur disampaikan

oleh wakil TM




















selepas doa selamat ustaz

memberi tazkirah



wakil dari TM bersama

adik Nasha










pelajar tahfiz yang telah

membaca surah Al Baqarah
dirumah baru adik Nasha












adik Nasha dibawa bersama

di majlis tersebut dan terus

bermalam dirumah barunya









sebelum majlis doa selamat

menunggu kedatangan

para jemputan














--------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah perabot baru telah dibeli untuk rumah baru adik Nasha. Ada juga barang yang terpakai yang masih boleh digunakan diletakkan disini untuk sementara waktu dan sehingga ada hamba Allah yang sudi menyumbang perabot baru, perabot lama itu akan diganti.

Semua yang ada dirumah adik Nasha ini 90% baru, Puan Rohaya cuma membawa baju-baju mereka berdua sahaja dari tingkat 15 Blok G berpindah ke rumah ini ground floor Blok D.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah sama-sama menyumbang bagi menceriakan hidup adik Nasha yang selama ini tidak mendapat perhatian serius dari mana-mana pihak.

Syukur kepada Allah SWT yang telah mengaturkan segalanya hanya dengan Kuasa dan Izin Nya sahaja dan dengan usaha kita semua kita sama-sama mencapai kejayaan ini.





meja makan terpakai

masih tidak ada kerusi









almari adik Nasha dan

kipas angin











ruang dapur dilengkapi

dengan kabinet, peti sejuk

mesin basuh, dapur dan tong gas

yang baru


katil dan tilam baru

adik Nasha







Alamari, penyangkut

baju juga kipas angin baru



Ruang bilik tidur

utama







Monday, July 11, 2011

Pembinaan Maahad Tahfiz An Nur

Maahad Tahfiz An Nur telah dibuka pada tahun 2008 oleh pengasasnya Ustaz Rafi. Buat masa ini mereka menyewa 4 buah rumah sebagai asrama (sementara). Keseluruhan pelajar disini seramai 110 orang dan 30 daripada mereka adalah pelajar perempuan dan 35 pelajar lelaki yatim dan miskin dari Labuan. Mereka ini tidak dikenakan yuran bulanan atas tanggungan Ust dan pihak Maahad.

Expenses bulanan saperti makan minum Rm400 sebulan , gaji tukang masak Rm1,900/= , orang yang menghantar makanan kesitu dibayar Rm1,400/= , sewa 4 buah rumah setiap satu antara Rm700 - 800 sebulan , bil letrik & air dll.

Walaupun bulanan pelajar yang berkemampuan membayar Rm300 tetapi kutipan itu tidak mencukupi untuk menampung keseluruhan perbelanjaan mereka setiap bulan. Ada juga pelajar yang lewat membayar (tunggakan).
Dana untuk membina bangunan baru juga tidak mencukupi oleh kerana itu pembinaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, lagi pula kontraktor menuntut sebanyak Rm20,000/= sebulan untuk pembinaan bangunan tersebut. Bangunan 3 tingkat ini terpaksa dihentikan (sila lihat gambar hanya satu tingkat sahaja setakat ini yang hampir siap) sebelahnya sebuah surau telah pun disiapkan.
Saya mohon dari semua sesiapa juga yang berkesempatan masuk ke blog ini melihat keadaan bangunan tersebut saya merayu sudilah membantu sehingga bangunan itu dapat disiapkan dengan segera.
Keadaan penempatan mereka sekarang tidak sesuai untuk pelajar tahfiz, walaupun ada masjid berdekatan tetapi tidak ada seorang pun (ajk masjid) yang prihatin untuk membenarkan mereka menghafal didalam masjid, pelajar-pelajar berulang alik ketika waktu solat sahaja.
Bantulah mereka semampu yang boleh.

Cadangan menyiapkan bangunan - semua para penderma boleh membeli sendiri barang yang hendak disumbangkan ie. pasir, simen, batu bata, besi, cat, bingkai pintu/tingkap, dan lain-lain keperluan binaan. Kontraktor hanya dibayar upahnya sehingga bangunan itu siap dan harga akan ditentukan sebelum mereka menyambung kerja-kerja yang telah terbengkalan itu.
Tuan/puan juga boleh bank in terus ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap atau boleh hubungi 0192224474, insyaAllah saya akan menguruskan dan mempastikan barang-barang yang diperlukan dihantar agar kerja-kerja tidak tergendala lagi.
Bangunan ini terletak di jalan Kubu Gajah 11, Sg Buloh dan tanahnya telah diwakaf oleh seorang hamba Allah.
Semoga setiap amal kebajikan kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.


sebahagian pelajar disalah
sebuah rumah


















rumah sementara (disewa)


yang didiami mereka sekarang























keadaan bangunan yang


terbengkalai