Alhamdulillah, bantuan susu yang pertama telah dihantar (30/11/09) kepada anak-anak fakir miskin di sekitar Selama, Kubu Gajah dan Kg Redang Panjang. Seramai 20 keluarga yang terdaif telah dipilih untuk menerima bantuan susu tersebut. (gambar akan di upload kemudian insyaAllah).
Senarai rumah anak yatim & fakir miskin / Rumah persendirian:
1. Opah& 12 cucu, Bukit Kuda, KlangNo. Tel: 03-33432397Jumlah anak utk bantuan susu: 5
2. En. Dzulkifli (warga tua 65 tahun, uzur, kerja kampung-tk tetap,anak 12)No. 64 Kg Ajai Baru, Kuala Dong, Pahang. Jumlah anak utk bantuan susu: 5
3. 10 keluarga miskin, Selama Perak dan 10 keluarga miskin Parit Buntar (kalau ada rezeki tambah lagi) No Tel: Pn Siti 019-2224474 (pengantara)Jumlah anak utk bantuan susu: 20
Rumah Anak Yatim
1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, RawangNo.Tel: 012-375144 (Pn Nadia)Jumlah anak utk bantuan susu: 15
2. Rumah Titian Ashraful Rohaniah,Teluk IntanNo.Tel: 013-4550013( Pn Rohana)Jumlah anak utk bantuan susu: 5
3. Kompleks Haluan Penyayang, KlangNo Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)Jumlah anak utk bantuan susu: 3
Sahabat boleh membantu dengan cara:
1. Menjadi penyumbang tetap RM90 utk setiap anak yatim/miskin setiap bulan untuk kos pembelian 4 kotak susu.
2. Sedekah seikhlasnya apa yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.
3. Membeli sambil beramal-setiap susu Raudhah keluaran Muslim yang dijual dengan harga RM24.50 dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin.
Harga : RM24.50 / Berat: 500 gram
RM1 drp pembelian akan disalurkan ke Tabung Susu utk Anak Yatim & Fakir Miskin
Alhamdulillah program ini diusahakan bersama-sama Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/ .
Susu Penuh Krim yang diimport dan diformulakan semula dan diperkaya dengan DHA dan AHA serta ditambah nilai dengan beberapa bahan campuran lain seperti Susu Penuh Krim, Glukosa, Kalsium, DHA, AHA, L-Lysine, Kurma dan Kismis sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 bulan ke atas.Susu Penuh Krim ini diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam (IMP) dan mendapat persijilan Halal yang dan bangunkan oleh Syarikat Milik Penuh Bumiputera / Muslim di Malaysia.
(Setiap pekerjanya akan mengambil wuduk dan berdoa semasa memproses susu utk kesejahteraan anak2 yang minum susu ini.)
Kepada tuan/puan yang sudi menaja pembelian susu ini untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin harga saperti diatas. Seorang memerlukan sekurang-kurangnya 4 pakej sebulan.
Sekiranya dizinkan Allah jadikanlah sumbangan ini sebagai sedekah bulanan kita kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan dari kita.
Semoga apa yang diusahakan mendapat ganjaran pahala yang besar dari Allah S.W.T dan semoga Allah murahkan lagi rezeki kita dan sentiasa didalam keberkatan, InsyaAllah.