Tuesday, March 28, 2023

BANTUAN RAMADHAN 1444H / 2023

 Alhamdulillah, Badan Amal Al Jauhar dan NGO Suara Prihatin bersama-sama menyampaikan bantuan berupa beras fidyah, buah kurma dan baju-baju terpakai kepada golongan asnaf untuk asnaf Kg Bendang Luas, Kg Sg Simpol dan PPRT Kg Sangkut. Majlis diadakan di Surau Bendang Luas pada 13/3/2023 dan seramai 40 keluarga telah menerima bantuan tersebut. Walaupun sumbangan tidak berapa banyak diperolehi dari orang ramai tetapi niat untuk membantu mereka yang daif di kampung pendalaman dapat dihulurkan. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para dermawan yang sudi menyumbang sedikit dari harta yang diberi oleh Allah swt kepada mereka yang layak menerima bantuan, hanya Allah swt yang akan memberi ganjaran pahala kepada semua penyumbang.

Kepada tuan/puan yang sudi menyumbang untuk iftar atau zakat bagi perbelanjaan hari raya mereka, dana masih diperlukan, tuan/puan boleh bank in terus ke akaun yang tertera diatas, semua sumbangan akan disampaikan terus kepada fakir miskin di kampung-kampung pendalaman dan juga untuk miskin bandar.  























































Tuesday, December 13, 2022

PERSATUAN KEBAJIKAN KASIH OKU SELANGOR

Saya menerima call dari En Muhamad yang memohon supaya membantu rumah kebajikan ini, kerana katanya sudah hampir kehabisan stok makanan. 
Alhamdulillah bantuan dapat dihantar ke rumah Persatuan Kebajikan Kasih OKU Selangor ini pada 12/12/2022. Walaupun sumbangan yang diterima tidak seberapa , Alhamdulillah dapat juga menghantar sedikit keperluan makanan untuk mereka yang kurang upaya yang tinggal disini.
Jutaan terima kasih kepada penderma yang sudi memberi sumbangan, semoga  mendapat ganjaran kerana membantu orang kurang upaya seramai 25 orang kesemuanya, ada penghuni dewasa, kanak-kanak dan seorang bayi. Bantuan masih diperlukan tuan/puan boleh menziarahi mereka di alamat 
no.29 Jalan Merpati, Taman Eng Ann, 41150 Klang Selangor.