Tuesday, January 26, 2021

REPAIR RUMAH (KEDUA) LANTAI REPUT

 Alhamdulillah, lantai rumah dan bilik air keluarga makcik  yang tinggal di Kg Sangkut PPRT Ijok Perak sudah pun siap. Walau pun bantuan dapat diberi ala kadar tetapi mereka sekarang sudah selesa dengan lantai simen dan juga dapat bina 2 bilik tidur yang sebelum ini rumah mereka tidak berbilik. Begitu juga dengan bilik air yang baru lebih selesa dan berpintu. (Sila lihat gambar2 dibawah).  

Jutaan terima kasih kepada para dermawan yang sudi membantu keluarga ini, jika ada yang masih sudi membantu, bantuan untuk membeli plywood untuk ruang ceiling yang terbuka, dan ini akan menjadikan ruang dalam rumah panas oleh kerana mereka guna atap zink. Selain itu bantuan tikar getah dan langsir jika ada yang sudi menderma.

Kepada yang sudi menghulurkan bantuan boleh terus bank in ke akaun yang tertera diatas. Semoga Allah swt memberkati kita semua dengan usaha murni ini dan istiqomah membantu penduduk-penduduk miskin luar bandar. Semoga kebaikan ini menjadi saham akhirat kita.



 


ruang bilik yang perlu tikar getah juga langsir

ruang ceiling yg terbuka panas di siang hari, tuan rumah terpaksa
guna kain untuk mengurangkan haba panas



     




 

























 




lantai yang telah reput

keadaan lantai rumah yg reput
 



bilik air yg telah siap
 

kerja2 repair bilik air

 
keadaan pintu bilik air

keadaan bilik air tiada pintu cuma ditutup dengan plastik

tuan rumah tersebut

rumah sebelum repair



Tuesday, December 8, 2020

MISI BANTUAN MANGSA BANJIR DI LARUT PERAK



 Alhamdulillah, Misi bantuan mangsa banjir telah diadakan pada 6/12/2020 bertempat di Surau Muafakat Kg Bendang Luas Ijok Perak. Menu Nasi Beriani dan Kari Kambing bersama Ayam masak Merah telah diedarkan kepada 400 penduduk yang terjejas oleh banjir besar dua minggu sebelum itu. Walau pun sudah dua minggu berlalu tetapi keadaan rumah-rumah masih tidak terurus dengan bekas lumpur-lumpur banjir disebabkan dua kali banjir besar berlaku disana.

Badan Amal Al Jauhar bersama Kembara Qurban dan Pertubuhan Suara Pembela berganding memasak makanan yang telah diagihkan kepada penduduk di Kg Teras dan sekitar Kg Bendang Luas, kawasan yang terjejas teruk. 

Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang sudi menginfak bagi menjayakan misi kali ini. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan tuan/puan dan doa dari penduduk kampung semoga tuan/puan dimurahkan rezeki dan dijauhi dari segala wabak penyakit. Aamiin YRA.




 

       



 




 

 
 

     

  

  

  

  

 

                     

 
  












Chef kami Ust Razak dari Kembara Qurban

  







 



 








Menu special Sup Gadai Nyawa oleh Ust Razak