Friday, June 5, 2020

BANTUAN COVID RAYA

Alhamdulillah bantuan covid sempena Hari Raya Aidil Fitri pada 22/5/2020 Jumaat iaitu petang raya telah diagihkan kepada asnaf-asnaf di Kg Sangkut PPRT (30 keluarga), Kg Carak Salak (15 keluarga), Klien Gunung (15 keluarga) , Jelai dan Bukit Kulim (2  keluarga), Kg Sg Simpol (10 keluarga) semua kampung2 tersebut di Ijok Perak , manakala 10 keluarga dari Kg Temerlong Lenggong Perak dan 15 keluarga dari Flat PPRT Lembah Subang PJ juga 1 keluarga yg tinggal di Flat Sek13 Subang Jaya.
Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para dermawan yang sudi membantu meringankan bebanan diwaktu covid19 ini.  Mereka juga mendoakan semoga semua yang menghulurkan sumbangan berada dalam kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi umur yang panjang dan semoga diberkati Allah swt.

Bagi pihak Badan Amal Al Jauhar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana diberi kepercayaan mengendalikan program-program bantuan kepada asnaf-asnaf selama ini. Semoga kita semua sentiasa berada didalam rahmat NYA.
























































Gambar diatas bantuan untuk Kg Sangkut PPRT , Klien Gunung, Kg Carak Salak, Jelai dan Bukit Kulim. Manakala gmbar dibawah bantuan Kg Sg Simpol , Kg Temerlong Lenggong dan PPRT Lembah Subang. Wakil di Ijok iaitu Puan Nor dari Kg Sangkut telah membantu mengagihkan kepada penduduk di kampung2 tersebut.










gambar atas bantuan Kg Sg Simpol










Gambar atas bantuan penduduk di Kg Temerlong Lenggong di rumah Cikgu Jan wakil di Lenggong








bantuan untuk asnaf PPRT Lembah Subangsitifrahim@yahoo.com

Monday, April 20, 2020

SUMBANGAN BAHAN KERING BASAH (BANTUAN COVID 19) - part 2

Alhamdulillah, pusingan kedua bantuan bahan dapur kering basah telah di agihkan kepada 40 keluarga kesemuanya , 30 di Kg Sangkut PPRT dan 10 di Kg Sg Simpol pada 20/4/2020.
InshaAllah untuk pusingan ketiga nanti jika PKP dilanjutkan, bantuan yang sama akan diagihkan lagi kepada mereka disana. 
Terima kasih di ucapkan kepada tuan kedai runcit yang telah membantu menyiapkan semua sumbangan tersebut dan juga melakukan agihan rumah ke rumah.
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka yang daif di kampung-kampung pendalam Ijok Perak. 
Semoga kalian semua dan keluarga diberkati Allah swt dan semoga kita semua dijauhi dari wabak covid19 ini dan ianya dilenyapkan dari atas muka bumi ini inshaAllah.

































 

Di bawah ini adalah 10 keluarga miskin di Kg Sg Simpol yang menerima bantuan.