Thursday, November 5, 2020

BANTUAN BARANG HARDWARE DAN REPAIR LANTAI REPUT

Alhamdulillah sebuah lagi rumah asnaf di Kg Sangkut PPRT di Ijok Perak telah dibaiki lantainya kerana lantai lama sudah mula reput dan bahaya kepada penghuni rumah tersebut. 
Buat masa ini bilik air masih dalam pembinaan, rumah ini tidak ada bilik oleh itu tuan rumah merayu jika ada yang sudi membantu untuk membina bilik tidur dengan mengguna plywood dan kayu juga perlu awning depan pintu agar tidak tempias.
Kepada yang sudi membantu boleh lah bank in ke akaun Badan Amal Al Jauhar saperti tertera diatas inshaAllah. 
Semoga semua amal jariah kita diterima Allah swt dan semoga Allah swt memberi ganjaran pada sesiapa jua yang sudi menginfak dan menjadi saham akhirat kita inshaAllah.
















bilik air yang masih dalam pembinaan





simen dan pasir tambahan
untuk siapkan lantai






keadaan lantai rumah yg reput


rumah asal 



















                   batu bata yang dinaikkan ke paras lantai
kayu asal (petak merah) manakala (circle hijau) 
keadaan bilik air yang tidak berpintu perlu dibaiki hanya 
ditutup dengan plastik 
 
keadaan bilik air yang zink telah reput perlu
dinaikkan batu bata dan pintu.

    
 

Tuesday, July 28, 2020

BANTUAN SURAU KG MELAYU PADANG GRUS LENGGONG

Alhamdulillah sebuah lagi surau lama yang dibaiki telah siap 90% , dan telah diguna sekarang oleh penduduk kampung berdekatan. Surau yg boleh memuat sekitar 60-80 jemaah setiap waktu. Semoga Surau ini dapat diimarahkan oleh jemaah yang tinggal disekitarnya setiap waktu solat.
Jutaan terima kasih kepada semua penderma yang telah sama-sama memberi sumbangan untuk menyiapkan surau ini. Semoga amal jariah ini mendapat ganjaran disisi Allah SWT.
lantai yang telah dipasang tile




bilik wudhu yang telah di pasang tile










semasa dalam pembinaan


bilik wudhu muslimat

sumbangan speaker dari seorang hamba Allah



sumbangan carpet dari seorang hamba Allah








Sumbangan dari wakil Kelab Aman Desa Subang Permai (Tuan Hj Amir)