Wednesday, May 22, 2019

BANTUAN RAMADHAN / IFTAR 1440H

Alhamdulillah bantuan Ramadhan dan Iftar bersama penduduk kampung telah disampaikan pada 20/5/2019. Iftar kali ini kami telah memesan  nasi Arab dari Restoran Hadramawt di Kemunting Taiping Perak. Sebanyak 200 pack untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk di beberapa buah kampung iaitu Kubu Gajah Perak, PPRT Kg Sangkut Ijok dan Kg Sg Simpol Ijok Perak dan Kg Temelong Lenggong Perak.
Selain itu kami juga membawa baju-baju terpakai untuk diagihkan kepada penduduk dan barang-barang keperluan  dapur untuk menampung sehingga hujung Ramadhan.
Jutaan terima kasih kepada para dermawan sekelian semoga Allah SWT membalas amal jariah yang kalian telah sumbangkan semoga Allah SWT memberkati kehidupan kalian semua.

Restoran Hadramawt Kemunting Perak

Baju-baju terpakai 



Baju-baju diserahkan kepada wakil  NGO Pembela Asnaf di Kubu Gajah Perak

Puan Robaayah (kiri) wakil Pembela Asnaf


Nasi Arab dan kuih muih diserahkan kepada Puan Robaayah untuk diagihkan kepada
penduduk sekitar

   

  

  

  


  


 
Puan Robaayah menyerahkan nasi arab berserta kuih untuk penduduk kampung sekitar Kubu Gajah


2 buah kipas dinding telah disumbangkan untuk kegunaan Surau PPRT
Kg Sangkut 













    















Gambar (atas) bantuan barang2 dapur dan nasi arab untuk penduduk di PPRT Kg Sangkut Ijok













gambar (atas) bantuan dan nasi untuk penduduk Kg Sg Simpol diserahkan kepada wakil disitu.































Masjid Warisan Kg Temelong Lenggong Perak


Iftar bersama penduduk Kg Temelong dan menyampaikan bantuan kepada asnaf kampung tersebut







nasi ditinggalkan diatas meja di Masjid Kg Sumpitan untuk Ajk dan jemaah
berbuka puasa disitu.
Masjid Kg Sumpitan


Alhamdulillah Pekerja kontraktor juga dapat merasa nasi arab kami



Thursday, May 9, 2019

BANTUAN RAMADHAN 1440H

Alhamdulillah , bantuan Ramadhan telah disampaikan pada penduduk-penduduk dari Kg Sg Simpol dan PPRT Kg Sangkut Ijok dan Kg Temelong Lenggong Perak pada 1/5/2019. Seramai 70 keluarga telah menerima barangan dapur dan buah kurma sempena Ramadhan kali ini. Sumbangan-sumbangan masih diperlukan bagi membantu mereka yg miskin tegar di kampung-kampung pendalaman dan juga miskin bandar (PPRT) untuk menyambut Syawal nanti inshaAllah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para dermawan yang telah sudi membantu mereka yang daif dengan sumbangan-sumbangan tersebut. Semoga Allah swt memberi ganjaran yang besar disisi NYA.



di rumah cikgu Jan Kg Temelong Lenggong serahan buah kurma
dan rice cooker wakaf pada Masjid Warisan


Serahan barang dapur dan buah kurma kepada wakil dari Kg Sg Simpol
isteri (Mak Long) kepada Imam Surau Al Falah 

bersama keluarga Imam Sg Simpol 


penduduk PPRT di Surau Kg Sangkut