Friday, January 3, 2020

BACK2SCHOOL 2020


Alhamdulillah , kali ini program tahunan Badan Amal Al Jauhar telah diadakan di Kg Simpang Gelami Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan, pada tarikh 30/12/2019. Seramai 21 pelajar anak-anak keluarga asnaf yang terpilih untuk menerima bantuan berupa uniform sekolah, beg, kasut dan stationery. Ucapan terima kasih kepada Tok Ketua dan Setiusaha Kg Simpang Gelami yang berkerjasama mengatur program pada hari tersebut.
Ucapan jutaan terima kasih dari ibu bapa pelajar yang menerima bantuan kepada penderma-penderma yang telah sudi menginfakkan wang ringgit mereka, walaupun hanya 5 orang individu yang sudi memberi sumbangan tersebut. Semoga mereka mendapat ganjaran pahala disisi Allah swt.




















Cenderahati untuk Tok Ketua yang telah menyusun program disini


Cenderahati untuk Setiausaha Penduduk Kg Simpang Gelami

tu





















jamuan selepas program selesai

Monday, July 15, 2019

BANTUAN ZAKAT ASNAF-ASNAF

Alhamdulillah bantuan zakat sempena Aidil Fitri (1440H) lepas telah diserahkan kepada asnaf-asnaf dari Lembah Subang, Kg Sg Simpol Ijok , Kg Lubok Mas Chenderiang dan Kg Tanjong Tokong Pulau Pinang. Kepada yang berkenaan yang telah menginfakkan kepada mereka yang daif ini , ucapan jutaan terima kasih dari mereka semua penerima zakat tersebut dengan irigan doa semoga Allah swt memberkati dan semoga diberi ganjaran di akhirat nanti.













sedang memilih baju terpakai  




anak-anak yatim di Chenderiang


Allayarhamah Puan Azni kanan telah pergi menemui Pencipta nya
pada Syawal lepas (Al Fatihah)
di Masjid Ara Damansara 
di Kg Sg Simpol Ijok 

Rumah salah seorang ibu tunggal di Kg Lubok Mas
Chenderiang yang perlu dibaiki segera kerana dimakan anai-anai


2 Oven baru dan dulang pembakar untuk isteri En. Yunos
asnaf di Chenderiang