Friday, April 26, 2019

BANTUAN CARPET MASJID WARISAN

Alhamdulillah Badan Amal Al Jauhar sekali lagi dapat membantu Masjid Warisan di Kg Temerlong Lenggong Perak dengan carpet baru menggantikan carpet yang telah dipasang pada 14/9/2010 (sila lihat artikel 2010) . Setelah hampir 10 tahun AJK dan penduduk menggunakan carpet tersebut dan kini perlu diganti dengan carpet baru, berkat bantuan sumbangan hamba-hamba Allah pada waktu itu yang sudi menginfak maka carpet tersebut dapat bertahan hingga kini. Oleh kerana masih elok carpet yang baru itu akan dibentangkan diatas carpet lama. Wakil dari Lenggong bersama Ajk Masjid bertemu di R & R Tapah untuk mengambil carpet-carpet tersebut pada 29/4/2019.
Jutaan terima kasih kepada semua yang sudi memberi sumbangan carpet yang dulu dan yang terkini,  jika ada penderma yang telah kembali ke rahmatullah maka bahagialah kalian semua disana yang telah menginfak kepada masjid ini, semoga amal jariah ini menghapuskan dosa-dosa kalian dengan izinNYA.

carpet baru dibentang diatas carpet lama yang masih boleh digunakan



AJK Masjid Warisan 








carpet telah dipasang sehari sebelum Ramadhan

Ajk Masjid Warisan Kg Temelong Lenggong Perak 

penghantaran kali kedua di kawasan rehat Tol Kuala Kangsar
pada 30/4/2019  




wakil dari Lenggong Cikgu Jan dan suami Abg Safuan












minuman koko juga diserahkan kepada wakil Lenggong
untuk jemaah berbuka puasa di masjid pada bulan ramadhan nanti

masih perlukan carpet tambahan

Cikgu Jan dan AJK masjid wakil dari Lenggong menerima carpet
kami bertemu di R&R Tapah


BANTUAN FAKIR MISKIN IJOK PERAK / LEMBAH SUBANG

Alhamdulillah misi bantuan bulanan untuk penduduk miskin PPRT Kg Sangkut , Kg Sg Simpol di Ijok Perak juga untuk PPRT Lembah Subang KL, telah disempurnakan pada 2/3/2019. Seramai 50 keluarga keseluruhan nya telah menerima bantuan berupa barangan keperluan dapur.

 Bagi pihak Badan Amal Al Jauhar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan yang sudi menginfak kepada mereka yang daif. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNYA.



























   



Wednesday, December 19, 2018

Misi Bantuan Mangsa Gempa Bumi Lombok 1

Alhamdulillah bantuan telah disampaikan kepada mangsa gempa di Lombok pada 3/11/18. Beberapa kampung yang terjejas telah dilawati oleh pihak Badan Amal dan rombongan dalam misi tersebut. Antara barang yang dibawa dari sini ie. Selimut(Ikea) telah diedarkan di perkampungan Lembah Rinjani yang agak sejuk di sebelah malamnya (7celcius), food packaging Brahim's , tudung/shawl, barang-barang keperluan lain saperti pampers, sanitary pad, biskut , gula , minyak , telur dibeli di kedai borong disana.
InshaAllah Misi Bantuan ke2  akan diadakan pada bulan Febuari 2019. Kepada semua penyumbang didalam misi bantuan ini semoga diberkati Allah swt. Hanya Allah swt yang selayaknya memberi ganjaran yang besar disisi NYA kepada semua penyumbang.
Dana untuk Misi seterusnya inshaAllah dibuka kepada semua penyumbang yang sudi memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana. Semoga kita semua tergolong di kalangan hamba-hamba Allah yang bersyukur dan yang sedikit yang di firmankan didalam Al Quran. 
barang yang dibawa dari sini. Total 100kg








kedai borong dimana kami membeli semua keperluan asas untuk
diedarkan

















































































dalam perjalanan bertemu dgn pelajar2 yang berjalan kaki pulang
ke rumah mereka hampir 2-3km jarak dari sekolah, kami memberi
sedikit makanan dan minuman















di Lembah Rinjani







Lembah Rinjani





rehat sebentar sebelum meneruskan perjananan ke airport setelah
menghantar bantuan ke Lembah Rinjani