Tuesday, June 21, 2016

ASNAF PPRT DAMANSARA DAMAI

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan izinNYA susulan bantuan untuk 200 keluarga telah disampaikan pada 22/6/16 di perkarangan Masjid Al Muhtadin. Jumlah keseluruhan menerima bantuan barangan dapur di PPRT Damansara Damai seramai 300 keluarga.
 JazakAllah Khairan Kathiran diucapkan kepada semua para dermawan budiman yang telah sama-sama merealisasikan program di bulan yang mulia ini. Semoga tuan/puan diberi Allah SWT keberkatan dalam kehidupan sekeluarga dan semoga dengan usaha murni ini kita sama-sama tergolong dalam golongan yang diredhai Allah SWT.
Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Nazir Masjid, semua AJK Muslimin/Muslimat, JFC Food Industries dan  Puan Norlina Shamsudin yang mula initiate bantuan ini.
(Gambar-gambar sekitar bantuan untuk 200 lagi keluarga asnaf PPRT Damansara Damai)



Puan Ramona wakil dari Petronas menyerahkan sumbangan
cash untuk baju raya kepada wakil Ketua Muslimat Puan Aishah

total collection untuk baju raya setakat ini hanya untuk
40 keluarga yang terdaif akan diberi kepada mereka

sumbangan cash baju raya dari Badan Amal Al Jauhar


























Friday, June 17, 2016

BANTUAN ASNAF PPRT DAMANSARA DAMAI

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kutipan dana untuk membantu keluarga miskin (asnaf) di PPRT Damansara Damai telah reached target dalam masa tidak sampai seminggu. Penghantaran barang dapur untuk first group (100 pertama) telah dibuat pada 14/6/16 dan penghantaran seterusnya untuk 200 keluarga telah pun selesai pada 21/6/16 .
Majlis penyampain telah diadakan pada 19/6/2016 di Masjid Al Muhtadin Damansara Damai untuk 100 keluarga (group 1) dan seterusnya pihak ajk masjid akan menyampaikan bantuan untuk 200 keluarga lagi pada 22/6/16 di perkarangan tingkat bawah masjid.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua dermawan yang telah sudi menginfakkan sedikit dari rezeki yang diberi Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar disisiNYA.
Semoga dimurahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dijauhi penyakit, musibah dari kalian dan ahli keluarga semua.
Kutipan dana masih diteruskan untuk membantu fakir miskin/miskin bandar atau di kampung-kampung pendalaman. Semoga Allah SWT permudahkan kita dan istiqomah membantu mereka yang susah.
bersama ajk muslimat Masjid Al Muhtadin dan ketua Muslimat
Puan Aishah berdiri ditengah























ajk muslimat sedang menyusun barang dalam plastik beg





Ustaz Khairul (ditengah) memberi tazkirah sebelum majlis
dimulakan

AJK Muslimat 







Nazir Masjid Al Muhtadin (ditengah) menyampaikan sumbangan


100 keluarga (group 1) yang menerima bantuan


Ketua Muslimat Masjid Al Muhtadin Puan Aisyah (bertudung biru)















wakil dari IMWU Puan Nora









Puan Norlina yg banyak membantu merealisasikan bantuan ini




Add caption