Sunday, July 22, 2012

Misi Ijok & Lenggong

(maaf diatas kelewatan menyiarkan misi ini)
Misi kali ini disertai bersama sukarelawan dari Bank Negara, Bank Rakyat dan ahli koporat pada 8-9 Jul 2012. Seramai 35 orang dengan 10 kenderaan termasuk sebuah van dari Yayasan Semesta Masjid Sek14 Petaling Jaya yang membawa barang-barang sumbangan kesana dan telah diagihkan kepada penduduk miskin daif di Ijok dan Lenggong Perak.
Rombongan kami telah bermalam di Resort Syamille di Kati.
Al Jauhar bagi pihak penduduk kampung mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dengan ucapan JazakAllah Khairan Kathiran kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang turut serta juga tidak lupa kepada Intergrasi-erat yang banyak membuat sumbangan didalam program AlJauhar dan Yayasan Semesta Masjid Bulat Sek 14 yang telah sudi memberi izin mengguna van Masjid termasuk sorang pemandu. Hanya Allah SWT yang membalas jasa baik kalian semua.



berkumpul di R&R Petronas Rawang



rehat/sarapan di R&R Tapas


Surau Kg Air Jernih Ijok tempat majlis
diadakan










rumah pertama dilawati di Ijok











penghuni rumah ini juga telah mendapat
bantuan bilik air/tandas yg lebih selesa



bilik air/tandas yg telah dibina







suami isteri warga emas ini tibggal di
pondok usang berduan 



rumah yg dihanyutkan air banjir kilat
pada bulan Jun lepas



pondok sementara yang dibina


rumah makcik ini yg dihanyutkan air banjir
beliau kini tinggal di pondok ini sementara
dapat bantuan rumah baru 









kami singgah di masjid Warisan Kg Temelung
sebelum ke Kg Chepo di Lenggong





majlis yang diadakan di Surau Bukit Belapik
Kg Chepo






kawasan di resort syamille Kati

kandang rusa yang ada di resort ini

coffee house


sedang menyusun barang sebelum dibawa ke Kg Chepo Lenggong

Misi Bantuan bersama TM Bangsar

Misi  Bantuan bersama TM Bangsar pada 20/7/2012 untuk penduduk Flat PPR Taman Putra Damai Lembah Subang. Majlis penyampaian telah diadakan di Surau Al Firdaus berhadapan dengan bangunan flat blok G. Seramai 50 keluarga yang terpilih bagi menerima bantuan berupa zakat , beras  dan buah kurma sempena Ramadan Al-Mubarak. Al Jauhar bagi pihak semua penduduk Flat PPR Lembah Subang mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberi. Semoga Allah SWT memberi keberkatan dan rahmat kepada semua yang kakitangan TM yang terlibat didalam misi bantuan ini. 


jamuan ringan untuk wakil dari TM
sebelum majlis bermula

salah seorang penerima bantuan
En Abd Rahman (OKU)

En Zul mewakili TM menyampaikan
ucapan

keluarga ini mohon bantuan wiring
untuk rumah mereka




Add caption


Add caption


pak long juga seorang OKU





puan rohaya seorang mualaf
bela seorang anak OKU


En Mohd Haikal (mualaf)

lawatan kerumah kak rohaya melawat
adik Nasha