Sunday, July 8, 2012

Bantuan Ibu Tunggal & Lembah Subang

Maaf diatas kelewatan menyiarkan misi bantuan ke Lembah Subang pada 23/6/2012 dan bantuan untuk ibu tunggal di Kg Subang pada 24/6/2012.
Alhamdulillah Aljauhar bersama pelajar UM, kami sama-sama telah ziarah dan membawa sumbangan kepada 10 keluarga miskin di Lembah Subang  dan 20 ibu tunggal di Kg Subang.






barang dapur untuk 30 keluarga


barang dapur untuk 20 ibu tunggal




anak-anak yatim Kg Subang



Pn Samsiah Pengetua anak yatim
Kg Subang





sukarelawan bersama Pn Samsiah
 & Pn Salbiah (ibu tunggal bertudung putih)




Imam surau juga dijemput dalam majlis
penyerahan sumbangan ini

semua ibu tunggal bersama barang sumbangan
Sdr Sham dan isteri nersama-sama anak yatim
               

                    



gambar beramai bersama semua ibu tunggal
dan anak yatim


jamuan bersama anak yatim










En Mohd Zain (duduk) kehilangan sebelah kaki
akibat penyakit diabetis tinggal di blok C, bergambar
bersama wakil dari NGO Mercy Mission

Pakcik ni terlantar semenjak  22 tahun lalu

isteri beliau bertudung putih tinggal di blok C
ground floor


pak long (t-shirt hitam) seorang OKU
juga menerima bantuan



pak long bersama isteri tinggal di blok H-3-01

kedua-dua warga emas adik dan kakak ini
 tidak ada waris atau anak-anak tinggal
keseorangan di rumah masing-masing

Sdr Sham & isteri bersama 2 orang anak yatim
di blok H

2 orang anak yatim bertudung hitam
tinggal bersama ibu saudara mereka
Pn Laila di blok H-3-19


Pn Zubaidah yang baru sembuh dari
operation cancer rahim tapi penyakit
nya telah merebak ke paru-paru


beliau tinggal di  blok H-2-10


Pn Liza ibu OKU mohon bantuan untuk
bayaran van sekolah rm150 sebulan
tinggal di blok G-6-10

anak OKU (baju Oren) mohon bantuan van
sekolah untuk beliau berulang alik
ke sekolah khas


wanita ini (tshirt biru)berkerja dengan syarikat catering
pendapatan tidak menentu

beliau bersama suami ahmad khuzi dan 3 orang
anak seorang OKU tinggal di blok G-3A-19

notis tunggakan sewa mereka yang tidak
mampu dijelaskan lagi

kerusi kayu rekaan En Ahmad Khuzi

kerja tangan En Ahmad Khuzi untuk anak-anak
belajar 





Pn Baayah seorang warga emas yang menjaga
seorang anak OKU

2 kanak-kanak perempuan ini tidak ada
sijil kelahiran sehingga sekarang kerana ditinggal
 pada pengasuh semasa umur 1 tahun

Opah (bertudung putih) penjaga 2 kanak-kanak
diatas





puan nurul dan suami adalah pasangan
OKU tidak ada anak

sumber pendapatan OKU suami isteri diatas


salah seorang anak sdr zainal yang cacat
penglihatan
kedua-dua anak En Zainal


















Sunday, June 10, 2012

Lawatan dan Bantuan Lembah Subang

Syukur Alhamdulillah pada hari ini 10/6/12 satu lagi misi bantuan telah diadakan bersama para pelajar dari UM (pelajar luar kampus). Ini adalah lawatan pertama mereka ke kawasan PPR Lembah Subang, dan mereka telah melihat sendiri keadaan penduduk miskin, ibu tunggal dan OKU yang tinggal disini. Sumbangan berupa beras, minyak masak, gula , tepung dll. telah disampaikan kepada 10 keluarga antara penerima yang berpendapatan bawah Rm1k, ibu tunggal dan keluarga OKU. Selama ini Aljauhar bergerak sendiri walaupun telah dijemput beberapa sahabat atau sesiapa jua yang sudi menyertai misi bantuan tetapi tidak ada respond yang memberansangkan. Tapi hari ini Alhamdulillah syukur pada Nya kerana dengan izin Nya maka kami (saya dan pelajar2) bertemu dan walaupun hanya 10 keluarga yang kami sempat ziarah insyaAllah misi bantuan saperti ini akan diteruskan dan kami akan beristiqomah dalam aktiviti bantuan ini. Hanya untuk 10 keluarga yang mampu kami bawa sumbangan untuk kali ini, mata mata yang memandang kehadiran kami disitu amat mengharapkan bantuan sumbangan akan sampai kepada mereka juga tapi apakan daya tidak ramai yang sudi menghulurkan sumbangan samada dari segi barangan mahupun wang ringgit untuk diagihkan kepada penduduk miskin di Flat PPR Lembah Subang. InsyaAllah pada misi seterusnya kami akan usahakan agar lebih ramai keluarga yang akan menerima bantuan. Kelebihan pada misi kali ini setiap rumah yang diberi bantuan dan sebelum beredar doa akan dibacakan oleh salah seorang pelajar UM mohon agar penghuni rumah diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.  
  Ribuan terima kasih diucapkan kepada group Al Firdausi dari UM semoga Allah swt memberi ganjaran pahala kepada kalian semua dan tidak lupa juga kepada semua para dermawan hanya Allah swt membalas jasa baik kalian.  
Kepada semua yang sudi memberi bantuan sumbangan sila hubungi nombor saperti tertera di blog ini atau boleh bank in terus kerana sumbangan dana masih diperlukan.


group Al Firdausi bergambar sebelum bergerak
ke Blok C


Add caption





En Firdaus bersama En Rahman (mualaf & OKU)


bersama keluarga En Rahman
Blok C 1-12

menunggu lif ke tingkat 12

En Azmi yg baru sembuh dari strok
tinggal di Blok E-12-23

En Azmi bersama anak-anak, masih tidak
ada kerja begitu juga dengan isteri, buat masa
ini terpaksa menumpang wire elektrik dari
rumah jiran sebelah, tidak mampu untuk bayaran
wiring seluruh rumah

Pn Zarina menerima sumbangan


En Azhar (OKU) bersama isteri Pn Zarina
pendapatan sehari Rm15 (tidak menentu)
kerja fotostat di rumah Blok E-3-03

Pn Wan Noor menyerahkan sumbangan
kepada Pn Rohaya Blok D-1-02


Pn Rohaya (mualaf) sedang menerangkan
sesuatu kepada Pn Wan Noor

bapa kepada seorang ibu tunggal dan 5 org
anak yatim, pendapatan Rm700 sebagai pembantu
sekolah Blok G-7-22

Pn hasnida, anak 8 orang suami kerja sendiri
pendapatan Rm700 sebulan
blok G-6-18

En Shamsudin kerja sebagai cleaner di
flat ini menyara 6 org anak, pendapatan Rm800
blok G-5-15

Pn Rabiatul Atikah tidak ada dlm
senarai bantuan tapi keadaan beliau
yang sangat daif kami menghulurkan
bantuan kepada beliau di tangga
flat kebetulan beliau berada disitu
(suami menghidap Thalessemia)
blok G-16-19



En Ramli mempunyai seorang anak
OKU berniaga kecil-kecilan di tingkat bawah
flat Blok G-2-17

En Firdaus sempena nama yang sama di papan tanda Surau
Blok G