Wednesday, July 22, 2020

REPAIR RUMAH (PERTAMA) LANTAI REPUT

Alhamdulillah  lantai rumah satu keluarga asnaf di Kg Sangkut PPRT Ijok Perak telah siap. Bantuan berupa barang binaan telah diberi untuk membina tembok dan lantai simen rumah tersebut yang mana sebelum ini lantai kayu telah reput dan tidak boleh dipijak lagi. Kerja-kerja renovation ini dilakukan sediri oleh tuan rumah tersebut.
 Kepada hamba Allah yang telah sudi memberi sedikit sumbangan ini , semoga Allah swt memberi ganjaran di akhirat nanti dan semoga hamba Allah ini dan keluarganya diberkati Allah swt dimurahkan rezeki dan panjang umur.  









lantai yg telah siap



sebelum tembok dibina, paras tingkap adalah lantai kayu yg reput  

keadaan dalam rumah sebelum siap sepenuhnya




paras lantai rumah asal yg telah reput

tuan rumah membina sendiri tembok rumah







 

Dibawah ini adalah gmbar sebuah lagi rumah di kampung yang sama yg perlu bantuan untuk membina tembok dan lantai saperti rumah diatas. Masalah nya sama iaitu lantai reput. Kepada yang sudi untuk memberi sumbangan, amatlah dialu-alukan. Semoga amal jariah ini mendapat ganjaran dari Allah swt.












Friday, June 5, 2020

BANTUAN COVID RAYA

Alhamdulillah bantuan covid sempena Hari Raya Aidil Fitri pada 22/5/2020 Jumaat iaitu petang raya telah diagihkan kepada asnaf-asnaf di Kg Sangkut PPRT (30 keluarga), Kg Carak Salak (15 keluarga), Klien Gunung (15 keluarga) , Jelai dan Bukit Kulim (2  keluarga), Kg Sg Simpol (10 keluarga) semua kampung2 tersebut di Ijok Perak , manakala 10 keluarga dari Kg Temerlong Lenggong Perak dan 15 keluarga dari Flat PPRT Lembah Subang PJ juga 1 keluarga yg tinggal di Flat Sek13 Subang Jaya.
Mereka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para dermawan yang sudi membantu meringankan bebanan diwaktu covid19 ini.  Mereka juga mendoakan semoga semua yang menghulurkan sumbangan berada dalam kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberi umur yang panjang dan semoga diberkati Allah swt.

Bagi pihak Badan Amal Al Jauhar juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana diberi kepercayaan mengendalikan program-program bantuan kepada asnaf-asnaf selama ini. Semoga kita semua sentiasa berada didalam rahmat NYA.
























































Gambar diatas bantuan untuk Kg Sangkut PPRT , Klien Gunung, Kg Carak Salak, Jelai dan Bukit Kulim. Manakala gmbar dibawah bantuan Kg Sg Simpol , Kg Temerlong Lenggong dan PPRT Lembah Subang. Wakil di Ijok iaitu Puan Nor dari Kg Sangkut telah membantu mengagihkan kepada penduduk di kampung2 tersebut.










gambar atas bantuan Kg Sg Simpol










Gambar atas bantuan penduduk di Kg Temerlong Lenggong di rumah Cikgu Jan wakil di Lenggong








bantuan untuk asnaf PPRT Lembah Subangsitifrahim@yahoo.com