Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Majlis buka puasa ini diadakan di Madrasah Nur As-Salam Perak pada hari Sabtu minggu ketiga di bulan Ramadan. Antara yang dijemput selain dari pelajar Maahad Tahfiz dan warga tua pondok yang tinggal di madrasah seramai 50 orang ini, adalah penduduk miskin sekitar kawasan dan juga anak-anak yatim / ibu tunggal. Alhamdulillah kehadiran seramai 200 orang.
Kami bersyukur kerana dapat meraikan majlis berbuka puasa dengan mereka yang benar-benar daif. 30 bungkusan hamper raya telah diagihkan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin.
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang bermurah hati sudi menaja majlis ini terutamanya kepada Puan Latifah , En. Zainuddin dari Petronas, Puan Sharifah dari TM dan lain-lain yang sama-sama membantu. Semoga Allah memberi keberkatan dan rahmatNya kepada semua yang menjayakan majlis ini dan semoga Allah S.W.T panjangkan umur dan murahkan rezeki kita agar dapat kita panjangkan bantuan kepada mereka-mereka yang daif disini sepanjang masa tidak hanya di bulan Ramadan.
Setinggi penghargaan juga kepada Ustaz Mahizam Pengetua Madrasah Nur As-Salam Selama Perak yang sudi berkerjasama menjayakan program ini, juga tidak dilupakan kepada Ust Razali yang menguruskan fakir miskin dan anak-anak yatim dan kepada mereka semua pelajar tahfiz, wargaemas yang tinggal di pondok disini yang sama-sama menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberi ganjaran dunia akhirat kepada semua yang terlibat.


Para tetamu sedang beratur untuk mengambil juadah berbuka puasa.









4 orang dari 9 beradik yang kematian
ibubapa mereka dalam kemalangan
di jalan Balakong KL pada bulan May 09.




sebahagian dari anak yatim yang menerima
hamper raya.














Ustaz Mahizam sedang menyampaikan tazkirah sementara
menunggu waktu berbuka.
































sedang mengagihkan barangan hamper raya.















Majlis Buka Puasa kali kedua ini juga telah diadakan di Restoran Kopi Shoppe. Saperti biasa anak-anak yatim / ibu tunggal dan keluarga miskin dari Kg Melayu Subang dan pelajar Maahad Tahfiz dijemput ke majlis ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Shariza yang sakarang ini berada di Doha Qatar yang sudi menaja majlis ini. Semoga Allah memberi ganjaran kepada beliau.










Majlis buka puasa (1430H) telah diadakan di Restoran Kopi Shoppe pada minggu pertama Ramadan. Seramai 76 orang hadir ke majlis bebuka ini. Antara mereka yang hadir anak-anak yatim/ibu tunggal dan keluarga miskin, semuanya dari Kg Melayu Subang, juga yang hadir pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran dari Subang Permai dan anak-anak remaja perempuan dari Raudhatul Ikhwan juga dari Subang Permai.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Puan Zawiah dari Perdana Height yang sudi menaja majlis berbuka ini. Semoga Allah memberkati beliau sekeluarga.

































Saturday, August 22, 2009

Misi Bantuan Ke Parit Buntar Perak



Antara rumah-rumah fakir miskin di Parit Buntar Perak







Alhamdulillah bantuan telah dihantar ke sana pada 21/08/09 bersamaan 30 Syaaban 1430. Beras fidyah sebanyak 83 bungkus dengan setiap satu seberat 1 gantang akan diagihkan kepada fakir miskin dan miskin di sekitar kawasan ini yang mana kebanyakan mereka adalah nelayan dengan pendapat kurang Rm1,000 sebulan.
Selain beras, barangan dapur saperti gula, kopi, milo, susu dan lain-lain juga akan diagihkan, juga buah kurma dan sedikit kuih raya. Kami juga menyerahkan wang tunai sebagai fidyah salah seorang sahabat dari Shah Alam untuk membeli beras.
Kami sekeluarga bertolak dari Shah Alam pagi hari Jumaat 21/08/09 dan sampai disana pada pukul 12.00 tengahari. Kebetulan pada hari sebelum telah berlaku ribut dan hujan lebat disana dimana 4 buah rumah telah mengalami kerosakan yang teruk.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat membantu mangsa ribut tersebut. Saya menyeru kepada semua marilah sama-sama kita membantu mereka yang amat memerlukan bantuan bagi meringankan bebanan mereka sempena bulan Ramadhan ini dan Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberi sumbangan samada wang tunai atau beras, hanya Allah yang akan membalas jasa baik kalian.

Wednesday, July 15, 2009

Sumbangan Buah Kurma

Sempena bulan Rejab dan Syaaban ini marilah kita sama-sama memberi sumbangan buah Kurma untuk pelajar-pelajar di Maahad-maahad Tahfiz untuk berbuka puasa (iaitu puasa sunat Isnin dan Khamis). Survey yang telah dibuat kebanyakan maahad-maahad tidak menyediakan buah kurma, oleh itu saya mengambil initiative untuk memohon sumbangan dari orang ramai sesiapa sahaja yang sudi untuk memberi sumbangan buah kurma kepada mereka. Sumbangan masih diperlukan untuk membeli buah kurma, selain dari buah kurma saya juga mengalu-alukan apa jua sumbangan yang ingin diberi kepada mereka boleh lah menghubungi saya di talian : 019-2224474. Atau bank-in terus ke Maybank - akaun no: 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap. Setiap kotak berisi 6kg Kurma Mariami dengan harga RM108.
Sila lawati previous post bantuan dan sumbangan yang telah dibuat. Program untuk bulan Ramadhan akan menyusul kelak, khas bantuan dan sumbangan untuk fakir miskin, anak yatim, pelajar maahad tahfiz dan ibu tunggal.
Sila lawati blog ini dari masa ke semasa for the latest update.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberi sumbangan, semoga Allah S.W.T memberi ganjaran didunia dan akhirat.

Kebaikan yang tidak berakhir ' al-sadaqat al-jariyah '. Dari Rasulullah S.A.W, tidak terputus amalan seseorang hamba yang telah meninggal kecuali amal jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan dia.(HR. Bukhari)

Sumbangan buah kurma telah dihantar ke beberapa Maahad saperti didalam gambar dibawah, dan Maahad Al Abbasiyah di Sungkai (tiada dalam gambar)

Surau Maahad Tahfiz Kg Lurau
Janda Baik Pahang


Dewan pelajar menghafal
Al-Quran







Asrama
pelajar
MT Kg Lurau Janda Baik



Asrama pelajar
Darul Ta'lim Kubu Gajah Perak


Maahad Tahfiz Darul Ta'lim di Kubu Gajah Perak.











Surau Darul Ta'lim







Asrama pelajar lelaki Madrasah Nur As-Salam
Selama Perak






Rumah yang menempatkan
warga tua mendalami ilmu disini 'Pondok Nur As-Salam'


Surau di Madrasah Nur As-Salam
Selama Perak






Sebahagian pelajar di Madrasah
tersebut.









MT Al-Quran Desa Subang Permai














Sebahagian dari pelajar
MT Al-Hikmah sedang
menghadiri kuliah




MT Al-Hikmah
Merbau Sempak
Sg. Buloh Selangor



Pelajar MT Ummul Qurra