Wednesday, January 21, 2009

Maahad Tahfiz Ad'daawah Al Islamiyah

Maahad Tahfiz ini terletak di Padang Menora Sg Dua Seberang Prai Pulau Pinang. Pengasas nya ialah Ustaz Sobri Arshad pendakwah yang dikenali ramai. Beliau telah menubuhkan MT ini selama 6 tahun dan yang terbaru pada tahun ini 2009 bangunan untuk pelajar perempuan siap dibina, dan pengambilan untuk tahun 2009 setakat ini seramai 20 orang pelajar perempuan dan 30 pelajar lelaki. Saya mengalu-alukan kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak ke MT sila lah ke Maahad ini.



Asrama lelaki








Kelas room dan bilik tidur di asrama
perempuan.











Asrama perempuan



Wednesday, January 14, 2009

Rumah Fakir Miskin

Bantuan daging rendang kepada fakir miskin Kawasan Larut telah dihantar pada 10/01/09 , wakil disana En. Jamaluddin dari Kg Sg Rendang Mukim Ijok telah membantu mengagihkan 30kg daging rendang kepada 60 keluarga miskin disana. Sahabat dari KL telah bebesar hati memberi mee mentah yang diprosesnya sendiri kepada semua keluarga miskin. Kepada semua sahabat dan para dermawan saya mengucapkan jutaan terima kasih bagi pihak penduduk kampung.


beberapa rumah orang fakir miskin
di Ijok dan Kubu Gajah. kelihatan rombongan kami sedang menuju ke salah sebuah rumah miskin untuk menghantar bantuan.