Wednesday, February 10, 2010

Bantuan Susu Ibu Tunggal Mualaf

Bantuan susu untuk anak-anak ibu tunggal yang ditinggal suami sejak 2006. Beliau Puan Nur Atikah Mar Pha bt Abdullah. Beliau mempunyai 3 orang anak kesemuanya lelaki yang sulung 11 tahun, kedua 7 tahun dan bongsu 3 tahun.
Berasal dari Seri Aman Serawak, sebelum ini menganut ugama Kristian. Beliau tinggal bersama-sama tiga anaknya dan enggan kembali ke Serawak kerana saudara mara disana masih berugama Kristian, takut akidah anak-anaknya tergugat walaupun untuk beberapa hari.
Beliau berpegang teguh dengan ugama Islam walaupun telah ditinggalkan suami sejak 3 tahun lepas.
Beliau mengambil upah menjahit baju dan menjual keropok dan kudap2 kepada budak-budak sekolah, untuk menampung keperluan hidup.
Beliau kini menetap di rumah sewanya (RM350 sebulan) Lot 3591-1C Kg Melayu Subang, Shah Alam.
Beliau amat berterima kasih kepada, terutamanya Puan Elly , suami En. Nizam dari blog eksekutifsuri.com , Ummiku Sayang dll. yang berusaha mendapatkan bantuan dan sumbangan dari orang ramai semata-mata untuk menyalurkan bantuan susu tersebut kepada mereka-mereka yang daif. Maklum balas dari beliau susu jenama Raudhah ini sangat sesuai untuk anak-anaknya.
Kepada sesiapa yang ingin membantu meringankan beban beliau boleh hubungi 019-2224474 atau terus ke alamat tersebut diatas.




Monday, January 18, 2010

Bantuan Ibu Tunggal, Anak Yatim dan OKU

Alhamdulillah, bantuan barangan dapur telah disampaikan kepada ibu tunggal bersama anak yatim pada 17/01/10 bertempat di Surau PKNS Taman Subang baru. Seramai 14 orang ibu tunggal telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut. Peruntukan sebanyak RM130 seorang. Barangan dapur saperti Al-qamar (milo), kicap, sos, tepung goreng, mee kering, susu pekat (sunbeam) beras dan minyak (brand Baiduri) kesemua barangan ini adalah dari buatan orang Islam, yang mana kilang barangan tersebut terletak di Kuala Kangsar dan Sayong Perak.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seorang individu yang prihatin dan sudi menderma sekaligus meringankan beban ibu-ibu tunggal yang terpaksa mencari nafkah sendiri untuk menanggung segala keperluan hidup bersama anak-anak mereka.
Semoga Allah S.W.T memberi ganjaran dunia dan akhirat kepada hamba Allah tersebut dan insyaAllah akan dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam keberkatan.



beberapa anak yatim yang
hadir bergambar bersama

















Ibu-ibu tunggal bergambar
beramai-ramai setelah menerima
sumbangan






salah seorang ibu tunggal
Puan Zainab sedang
menerima sumbangan








menunggu beberapa
orang lagi ibu tunggal
yang belum sampai








barangan dapur yang telah
disediakan










Bantuan juga diberi kepada keluarga yang mempunyai anak
OKU yang tinggal di Kg Melayu Subang. (sila lihat artikel yang
disiarkan sebelum ini, bantuan disampaikan kepada keluarga
yang sama)
Suami wanita tersebut juga lumpuh akibat kemalangan
jalanraya beberapa tahun lepas.

OKU bergambar
bersama ibunya














Wednesday, January 6, 2010

Bantuan Fakir Miskin

Lawatan kedua buah rumah fakir miskin yang terletak di Kg Redang Panjang Batu Kurau Perak.
Setelah selesai bantuan diberi pada pelajar di Lenggong dalam perjalan ke rumah En Jamauddin untuk bantuan seterusnya kami singgah di kedua-dua rumah tersebut. Kami sempat menghulurkan bantuan berupa wang tunai, barangan dapur saperti beras, gula, susu, milo, kopi, teh, tepung dll.
Kedua-dua keluarga ini menyewa dirumah kepunyaan seorang cina yang simpati dengan mereka. Sewa bulanan mereka sebanyak RM35. Mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan.
Pak Yatim tinggal bersama isteri dan seorang anak lelaki yang sudah dewasa berkerja di kampung berpendapatan RM300 sebulan, manakala Pak Yatim menjual kacang sebagai pendapatan sampingan.
Bersebelahan dengan rumah Pak Yatim adalah ibu tua yang buta mempunyai 2 orang anak OKU. Tidak ada apa-apa pendapatan kecuali dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan simpati orang ramai. Lihatlah keadaan rumah mereka bumbung zink yang bocor, keadaan bilik air yang sangat daif. Sila lawati blog http://www.jamalhassim.blogspot.com/ bantuan sewa untuk 6 bulan telah dibayar untuk kedua-dua keluarga tersebut.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi saya di talian 019-2224474.


keadaan luar rumah
kedua-dua keluarga
tersebut




memberi sedikit bantuan
kepada isteri pak yatim yang
uzur dan sakit




keadaan dalam rumah
pak yatim





dapur rumah
pak yatim dan bilik air











membawa sedikit
bantuan barangan
dapur untuk keluarga
pak yatim



pak yatim dan ahli
keluarga





dihadapan rumah
ibu tua yang buta
bantuan barangan
dapur



sedikit wang saku
dihulurkan kepada
ibu tua yang buta





bergambar bersama
ibu tua





bumbung rumah
yang bocor





keadaan dinding
rumah yang
bersawang


keadaan tempat tidur
ibu tua





keadaan tempat tidur
anaknya





keadaan dapur
yang daif





keadaan bilik air