Friday, September 26, 2008

Majlis Buka Puasa di Club Monterez








Anak yatim dan pelajar tahfiz menerima duit raya dari Pengurus Besar Syarikat.








Majlis ini telah diadakan pada 21/9/08 di Monterez Golf Club Shah Alam, antara yang dijemput ke majlis ini ialah anak yatim, ibu tunggal , pelajar tahfiz dan miskin tegar seramai 60 orang kesemuanya. Majlis berbuka ini telah ditaja oleh sebuah syarikat di Shah Alam. Di akhir majlis Pengurus Besar Syarikat tersebut telah menghulur bantuan kepada ibu tunggal dan miskin tegar dan duit raya kepada anak yatim dan pelajar tahfiz.

Wednesday, September 24, 2008

Keluarga OKU di Kg Melayu Subang




Gambar dikanan sekali kelihatan ibu kepada OKU bersama anaknya menerima hamper raya,berupa barang-barang keperluan dapur dan juga biskut raya.


Nasib keluarga ini bak pepatah peribahasa sudah jatuh di timpa tangga, bapa kepada OKU didalam gambar ini telah mendapat kemalangan langgar lari setahun yang lalu (gambar encik ... terlantar diatas katil) . Beliau telah lumpuh tidak dapat bergerak dan bercakap. Buat masa ini hanya bantuan untuk setahun sewa rumah telah dijelaskan. Selain itu hanya pihak-pihak tertentu yang tahu keadaan mereka ini sahaja akan datang kerumah mereka untuk menghulurkan bantuan. Kepada mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh lah menghubungi di talian 019-2224474 / 012-6905443 .



Friday, September 19, 2008

Majlis Buka Puasa di Cafe An Nurs




Majlis ini telah diadakan di Cafe An Nurs pada hari Jumaat 19 Sep 08. Seramai 60 orang kesemua yang menghadiri majlis ini, antara yang hadir 24 orang anak yatim, 8 orang ibu tunggal termasuk seorang ibu tunggal mualaf dan 2 keluarga miskin tegar bersama anak-anak mereka. Sebelum majlis berakhir Puan Masrizah pemilik Cafe tersebut telah mengagih-agihkan duit raya kepada anak-anak yatim dan anak-anak keluarga miskin tegar.

Penghantaran Makanan ke MT Al-Quran Wal Qiraat








Beberapa misi penghantaraan makanan berbuka puasa yang telah disediakan untuk pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat dan untuk orang-orang tua belajar pondok di Jeram. Kepada semua tuan / puan yang bermurah hati menderma semoga Allah S.W.T memberi ganjaran didunia hingga ke akhirat.




Wednesday, September 17, 2008

Majlis Buka Puasa bersama Anak Yatim dari Rawang dan Pelajar Tahfiz

Majlis ini telah diadakan pada hari Ahad 14 Sep 08 di Restaurant Kopi Shoppe Subang Permai.
Mereka yang hadir adalah anak yatim dari Rawang seramai 35 orang dan 16 pelajar maahad tahfiz





Anak yatim dari Rawang dan pelajar Maahad Tahfiz sedang
menunggu waktu berbuka puasa.

Tuesday, September 9, 2008

Majlis Buka Puasa




Keluarga miskin tegar yang duduk semeja menanti waktu berbuka.

Majlis buka puasa bersama Ibu Tunggal , Anak Yatim , Pelajar Tahfiz dan Miskin Tegar telah diadakan pada 7 / 14 & 23 Sept 2008 bertempat di Restoran Kopi Shoppe Subang Permai Shah Alam. Seramai 60 - 80 orang telah dijemput ke majlis bebuka di restaurant ini. Mereka tinggal disekitar Kg Melayu Subang yang bersebelahan dengan Desa Subang Permai. Majlis sebegini akan diadakan dari masa ke semasa didalam bulan Ramadhan ini, sekiranya ada mana-mana pihak ingin menyumbang (sponsor). Di cadangkan majlis saperti ini harus berterusan meskipun bukan di bulan Ramdhan agar mereka ini sentiasa dapat menikmati suasana serupa ini.

Wednesday, August 27, 2008

Ibu Tunggal dan Anak Yatim Sekitar Kg Melayu Subang

Gambar diatas kelihatan 10 ibu tunggal yang dipilih untuk menerima sumbangan hamper hari raya. Sumbangan daripada individu-individu yang prihatin dengan kehidupan ibu tunggal bersama anak yatim. Sumbangan ini telah diserahkan pada 28/9/08 bertempat di Surau Taman Subang Baru (PKNS) .








Gambar rumah-rumah ibu tunggal bersama anak-anak yatim yang mendapat bantuan berupa makanan yang dibekalkan kepada mereka sekeluarga setiap bulan. Setakat ini hanya 6 keluarga sahaja yang terpilih dari aspek kewangan mereka.

Selain itu ada 3 keluarga miskin tegar yang juga mendapat bantuan makanan setiap bulan. Tugas kami dari masa ke semasa akan sentiasa mencari golongan yang daif yang memerlukan bantuan.

Oleh itu saya memohon dari mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka ini bolehlah menghubungi saya melalui email saya sitifrahim@yahoo.com atau di talian 012-6919920 / 03-78450226

Wednesday, August 20, 2008

Rumah ibu tunggal dan OKU di Merbau Sempak






Ibu tunggal





Maahad Tahfiz Al Hikmah Merbau Sempak Sg Buloh

Misi penghantaran makanan berbuka kepada pelajar MT Al-Hikmah telah dibuat sebanyak tiga kali. Kelihatan pelajar sedang memungah makanan yang dibawa. Menu yang disediakan saperti nasi putih / nasi beriani / lauk / kuih / buah / dan air.





















Kolam ikan
surau, disinilah tempat mereka belajar

Tempat belajar berhadapan dengan katil pelajar




Ini adalah sebahagian dari gambar-gambar yang diambil di MT Al Hikmah Merbau Sempak Sg Buloh. Terdapat seramai 25 pelajar perempuan disini yang datang dari Perak, Kedah, Johor untuk menimba ilmu disini. MT ini masih memerlukan bantuan untuk memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar nya. Antaranya kelas room yang kecil dan sempit perlu dibesarkan, rak-rak buku dan almari baju yang kecil tidak mencukupi untuk menyimpan barang keperluan mereka.