Tuesday, August 29, 2017

AKTIVITI BANTUAN DI 10 PERTAMA ZULHIJJAH 1438H

Alhamdulillah , segala puji bagi Rabb semesta alam, selawat dan salam kepada Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. 

Aktiviti pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah 1438H. 

Bantuan barang keperluan dapur  kepada 15 keluarga anak-anak yatim dari Kg Melayu Subang.
Bantuan kepada 30 keluarga asnaf di Kg Sangkut (PPRT) dan 20 keluarga dari Kg Sg Simpol, Kg Sg Jernih, Kg Masjid Ijok Perak.

Majlis Iftar pada 9 Zulhijjah di Masjid LTSAAS Subang , bersama pelajar Tahfiz dari masjid tersebut dan Cikgu Azmi dari Mapin yang telah memberi kuliah selepas solat maghrib , penerangan berita terkini tentang Masjidil Aqsa, penduduk Palestine, kezaliman terhadap rakyat Roghinya dan banyak lagi perkara-perkara berkaitan yang sangat menarik.

Meraikan anak-anak yatim bersama ibu-ibu tunggal di restaurant
Big Plate Subang Permai

Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang besar di sisiNYA kepada semua para penderma yang sama-sama bersedekah di 10 hari pertama di bulan Zulhijjah 1438H. Semoga puasa dan amalan kita diterima Allah swt .

 













bantuan barang dapur untuk 15 keluarga anak yatim

ibu-ibu tunggal menerima bantuan berupa beras, minyak, telor dll.




bantuan untuk 30 keluarga miskin di Kg Sangkut (PPRT) Ijok Perak








Warga emas ini tinggal bersendirian tanpa eletrik, pada sesiapa
yang sudi untuk menginfak memasang talian elektrik pada beliau
sila ctc ad

Imam Fahmi sebagai wakil Badan Amal Al Jauhar sedang menyampaikan
bantuan kepada salah seorang penduduk di Surau Kg Sangkut Ijok Perak





Cikgu Azmi bergambar bersama pelajar tahfiz



Wednesday, June 21, 2017

BANTUAN DI IJOK PERAK

Alhamdulillah bantuan untuk penduduk miskin/fakir miskin di sekitar kampung-kampung Ijok Perak telah diadakan pada 19/6/2017 bertempat di Surau PPRT Kg Sangkut, Kg Sg Simpol, Kg Bendang Panjang, Kg Masjid, Kg Teras dan Kg Kelian Gunung. Seramai 50 keluarga terpilih yg terdaif di beri sumbangan barangan dapur, biskut raya dan zakat untuk persiapan hari raya nanti.
Selain itu air mineral juga diagihkan disurau-surau dan masjid untuk kegunaan jemaah pada 10 malam terakhir Ramadhan Al Mubarak.
Jutaan terima kasih diucapkan oleh semua penduduk kampung yang telah menerima bantuan kepada individu-individu yang telah menginfakkan sumbangan ini dan mereka mendoakan semoga dimurahkan rezeki yang halal dan diberkati Allah SWT dunia akhirat.











sedang memilih baju terpakai untuk pakaian hari raya mereka 









duit raya untuk kanak-kanak













di Surau Al Falah Kg Sg Simpol 



warga emas di Kg Sg Simpol menerima zakat dan biskut raya

penjaja di tepi jalan Kg Sg Jernih juga menerima zakat

penjaja di pasar ramadhan di pekan Ijok menerima zakat dan biskut raya

pekerja di kedai jahit di Kg Masjid


10 keluarga penerima bantuan keperluan dapur
dihantar ke rumah masing-masing










Air Mineral diagihkan pada surau-surau dan masjid di Ijok
Surau Al Falah Kg Sg Simpol, surau ini telah dibina oleh
Badan Amal Al Jauhar dengan sumbangan dari kakitangan TM
dan individu-individu


Surau Kg Teras



Surau PPRT 




Surau Kg Kelian Gunung