Sunday, June 28, 2015

Iftar Bersama Anak-Anak Yatim

Alhamdulillah, majlis Iftar bersama anak-anak yatim Nurul Jannah Kg Subang dan satu keluarga dari Lembah Subang. Majlis diadakan pada 28/06/2015 bertempat di DARC Denai Alam.  
Jutaan terima kasih diucapkan pada para penyumbang iftar ini semoga diberi ganjaran dibulan yang mulia ini dan diberkati Allah swt.









Puan Siti Mariam (ibu tunggal Lembah Subang) bersama
anak beliau
 


 

 

 
anak yatim kembar tiga

 
 
 





 
berpeluang menunggang kuda selepas berbuka









 
berpeluang juga belajar memanah selepas berbuka
 












Wednesday, June 17, 2015

Bantuan Ramadan Ijok Perak

Alhamdulillah pada 13/06/2015 selesai sudah majlis Bantuan Ramadan yang diadakan di Kg Sg Simpol Ijok Perak. Program ini adalah kerjasama Badan Amal Al Jauhar dan Badan Amal Kakitangan Bank Negara. Seramai 50 keluarga termiskin disekitar kampung ini yang terpilih untuk menerima bantuan sebanyak RM100 (barang dapur) dan RM100 (zakat) sikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka menjelang Ramadan Al Mubarak.
Kami juga sempat menziarah beberapa rumah fakir miskin yang daif dan menghantar bantuan tersebut kerumah-rumah mereka.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Badan Amal dari Bank Negara yang sudi bersama menyertai program ini di Ijok Perak, kepada semua kakitangan yang telah menginfak sebahagian dari rezeki mereka semoga Allah swt memberi ganjaran dan semoga usaha ini diberkati NYA.
Tidak lupa juga pada Pengerusi Surau dan semua AJK yang sama-sama menyumbangkan tenaga untuk program ini hanya Allah swt yang akan membalas jasa kalian.
Pengerusi Surau En. Ismail Mat Abu



















sebahagian dari penduduk kampung yg menerima bantuan



En Firdaus (wakil rombongan)
sedang memberi ucapan/tazkirah Ramadan








Al Quran sumbangan seorang hamba Allah
untuk Imam Terawikh
bantuan disampaikan oleh En Radhi AJK Surau


lawatan dan bantuan dihantar ke rumah
pasangan suami isteri dan anak OKU