Monday, April 9, 2012

Bantuan Banjir Kilat di Kg Malau Lenggong

Banjir kilat yang berlaku pada 3 March lepas diibaratkan saperti tsunami kecil yang melanda beberapa perkampungn di sekitar Lenggong. Keseluruhannya 8 kampung yang terbabit dan antara yang teruk ialah di Kg Malau dan Lawin.
Alhamdulillah bantuan baju, telekung, sejadah, baju sekolah telah dihantar kesana  (semua bantuan masih diperlukan) seminggu selepas banjir. Terkini pada 7/4/12 satu lagi bantuan baju-baju terpakai dihantar termasuk baju uniform pelajar-pelajar yang mana baju dan kasut sekolah mereka dihanyut air. Seramai 50 pelajar telah dipilih bagi menerima bantuan uniform dan kasut baru. Mereka telah dibawa ke kedai baju sekolah dipekan Lenggong dan Alhamdulillah setiap seorang mendapat 1 set baju dan kasut baru. Selain itu mereka juga telah dibekalkan dengan baju-baju uniform terpakai yang telah diderma oleh orang ramai semenjak berita ini diwar-warkan.
Lawatan ke beberapa buah rumah yang dilanda banjir amat menyedihkan, kebanyakan mereka terpaksa memulakan penghidupan baru kerana semua barang-barang didalam rumah ditengelami air dan rosak.
Bantuan yang sewajarnya tidak sampai kepada mereka. Misi ini sekadar apa yang termampu diberi kepada penduduk kampung, selain itu ada juga NGO-NGO yang telah memhantar bantuan makanan kepada penduduk. Sukarelawan dari unit amal telah bergotong royong membersihkan rumah-rumah yang teruk dilanda banjir. (to be cont..)   







pelajar perempuan yg sedang menunggu
transport untuk dibawa ke pekan lenggong


ibubapa yg sedang memberi size baju
anak-anak yg tidak dapat hadir

sebahagian dari pelajar yang menerima
bantuan uniform sekolah  

tuan empunya rumah yang musnah



yg tinggal hanya tangga batu

dalam rumah yang teruk semua barang tidak
dapat diguna lagi

perabot yg telah rosak





rumah yg dilanda banjir dinding rumah
dibawa arus

rumah rakyat 1msia yg canggih

bilik air cum tandas yg diguna oleh pakcik

masih ada rumah sebegini yang diperbuat daripada
zink dan berpenghuni

pakcik yg tinggal berseorangan di pondok ini


jambatan yang runtuh oleh arus banjir yang deras

dinding yang dihanyutkan air

keadaan didalam rumah selepas banjir reda

masih ada rumah sebegini di abad 20an berpenghuni
tapi tidak ada bilik air dan tandas