Tuesday, June 29, 2010

Derma Kurma di bulan Rejab dan Syaaban

Alhamdulillah, hari ini (11/07/10) saya sekeluarga berkesempatan menghantar sumbangan buah kurma dan barangan keperluan dapur kepada penghuni Darul Hikmah di Gopeng Perak.
Seramai 43 orang tinggal disitu iaitu 40 lelaki dan 3 perempuan kebanyakan mereka adalah anak yatim dan dari keluarga fakir miskin.
Kawasan tanah asrama ini telah diwakafkan oleh Puan Hjh Embon yang kini berusia 95 tahun tetapi masih sihat dan dia menetap di Kuala Lumpur. Pengetua ialah Ust Jamaluddin anak kepada Puan Hjh Embon. Pekerja dan warden terdiri dari orang-orang Kemboja yang membantu menjaga semua penghuni disini.
Mereka masih memerlukan bantuan, sekiranya ada yang sudi membantu boleh terus hubungi Ust Jamaludin 019-3832623.
Sekiranya bantuan kurma masih dihulurkan, untuk minggu hadapan insyaAllah sumbangan buah kurma ini akan dihantar ke Maahad Tahfiz di Batu Kurau Perak, insyaAllah.
Saya dan pihak Darul Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hamba Allah yang telah memberi sumbangan yang dapat diagihkan kepada mereka. Semoga Allah merahmati kalian semua.



Bangunan Darul Hikmah







asrama
penghuni
disini





bergambar bersama
penghuni di Darul Hikmah












3 pelajar
perempuan
yang tinggal
disini bergambar
bersama anak
warden berbaju
pink


tempat makan
dibawah khemah














Alhamdulillah sumbangan buah kurma kepada pelajar tahfiz untuk berbuka puasa dibulan Rejab dan Syaaban telah diagihkan. Sumbangan 2 kotak kurma juga dapat disampaikan kepada isteri Ustaz Taib Azamuddin untuk diagihkan kepada pelajar tahfiz dan fakir miskin di Baling.
Sumbangan masih dialu-alukan. (latest aktiviti akan di upload kemudian) . Kepada semua dermawan yang ingin membuat amal jariah dan sudi membantu boleh hubungi saya di talian 019-2224474 atau boleh bank in terus ke Maybank 112080512445 atas nama Siti Fadzilah Abdul Manap. Setiap kotak berharga RM110.

2 kotak telah dibawa ke Kota Bahru Kelantan pada 2/07/10 yang mana telah disumbangkan kepada pelajar-pelajar Maahad Darul Anuar di Pulau Melaka. Dan 2 kotak lagi telah dihantar kepada pelajar Maahad Al Abasiah Sungkai Perak. (maaf kedua-dua Maahad ini tidak ada gambar)
Kepada semua penyumbang yang berbesar hati dan sudi untuk memberi sedikit bantuan ini bagi pihak mereka yang menerima sumbangan ini saya mengucapkan JazakAllah Khairan Kathiran semoga kalian semua mendapat ganjaran pahala yang besar disisi Allah S.W.T.

Gambar dibawah adalah pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz An Nur di Desa Subang Permai Shah Alam. Pelajar mereka seramai 80 lelaki dan 20 perempuan. Pihak pengurusan menyewa 3 buah rumah banglo disini untuk menempatkan kesemua pelajar tahfiz ini buat sementara waktu sehingga asrama mereka siap dibina di tanah wakaf di Sg buloh.
Alhamdulillah kurma telah diagihkan kepada mereka tempoh hari.























































Rumah yang didiami oleh
pelajar perempuan Maahad
Tahfiz An Nur









Penghantaraan pertama kepada pelajar Maahad Tahfiz Wa Taalim di Sek 13 Shah Alam. Mereka menyewa 2 buah rumah banglo untuk pelajar lelaki dan perempuan. Untuk makluman bayaran yuran bulanan mereka hanya Rm70 seorang. Apa jua bantuan yang dapat dihulurkan amatlah dialu-alukan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Rozita 0163232554 atau En Rosli 0166092556.



rumah banglo
yang disewa buat
sementara waktu
untuk pelajar lelaki





Pelajar lelaki Mhd
Wa Taalim
menerima sumbangan
kurma




beberapa pelajar dari
Kemboja bergambar
bersama












Pelajar Tahfiz perempuan
Wa Taalim menerima
sumbangan buah kurma









Rumah banglo (sewa) yang mereka
diami buat sementara waktu.



didalam
kelas
pengajian