Thursday, December 11, 2008

Misi Kebajikan Anak-anak Fakir Miskin di Larut Perak

Dana Kebajikan Aljauhar telah bergabung dengan Dana Persekolahan Fakir Miskin dan Anak Yatim untuk misi kebajikan kali ini. Kami sama-sama akan membantu membeli baju dan kasut sekolah untuk kanak-kanak di Kawasan Larut Perak. Sila lawati http://eksekutifsuri.com/ untuk melihat dana yang telah di sumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim dan sambil itu tuan puan boleh juga membeli produk Biosireh dan buku-buku pendidikan di web tersebut membeli sambil beramal. 5% keuntungan jualan produk yang tersiar dalam web tersebut diatas akan disalurkan kepada misi ini. Marilah sama-sama kita beramal jariah kerana mereka sangat memerlukan bantuan kita semua.

Untuk maklumat lanjut & pembelian @ sumbangan, hubungi:

Puan Elly - 0123614014 eksekutifsuri@yahoo.com.my

Puan Siti - 0192224474 sitifrahim@yahoo.com

..semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin..

Misi Kebajikan Aidil Adha di Kawasan Larut Perak

Misi Kebajikan kali ini ke Larut Perak sempena Hari Raya Aidil Adha 08/12/2008. Saya dan keluarga beraya disana bersama-sama fakir miskin / anak yatim / ibu tunggal. Alhamdulillah 5 ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin disana. Selain daging lembu kami juga mengagihkan barangan dapur saperti beras, gula, susu, milo, kopi, teh, tepung, minyak dll. pada hari raya. Peruntukan sebanyak RM100 satu keluarga.
Alhamdulillah saya sempat mengumpulkan wang sebanyak RM3,000 untuk diagihkan kepada 30 keluarga miskin. kami telah kenal pasti 10 yang terdaif dari kawasan Selama, 10 dari kawasan Kubu Gajah dan 10 terdaif dari kawasan Ijok. Saya bersama suami, ustaz dan sahabat-sahabat telah pergi kerumah keluarga yang tinggal di kawasan Selama selepas solat Zohor pada hari raya. Kami terpaksa menggunakan kenderaan pacuan 4 roda untuk masuk ke kampung-kampung tersebut, meredah hutan dan melalui jalan-jalan yang sempit tidak bertar.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan /puan yang sudi menderma hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik tuan / puan sekalian. Saya mendoakan agar Allah menambah rezeki dan keberkatan umur tuan/puan dengan usaha murni ini.

Sedikit pengalaman beraya disana. Kami dapat bersolat Aidil Adha di Masjid Ar Rashdan bersama orang-orang kampung. Pertama kali kami beraya bersama-sama orang-orang kampung yang tidak dikenali tetapi mereka sangat berbesar hati menerima tetamu luar dengan layanan yang baik.

Untuk keterangan lanjut saya sertakan gambar-gambar yang telah diambil semasa misi tersebut. InsyaAllah saya akan meneruskan usaha ini untuk membantu mereka-mereka yang sangat memerlukan bantuan.   Semoga Allah memberkati usaha murni kita semua. WaAllahualam.





Rumah 12 - Rumah En. Osman Mohd Nor terletak di Kaw Mukim Ijok Perak.
Anak 2 orang - 12 tahun dan 5 tahun. Tinggal di Kg Sg Jernih Ijok,
Batu Kurau Perak. Kerja menoreh dan beruk petik buah kelapa, pendapatan RM400. Lihat lah masih ada rumah sebegini di negara kita, dapur kayu dan bilik air yang tidak ada dinding. Keadaan rumah yang tidak berbilik, ini adalah salah satu sebab berlakunya sumbang mahram di kalangan penduduk kampung.
Kepada sesiapa yang bermurah hati mohon peruntukan untuk membina bilik air yang berdinding dan bumbung untuk keluarga ini. Kos anggaran Rm1,000/=


Tempat memasak
Kelihatan seorang sukarelawan sedang membawa barang keatas rumah En. Osman.

Rumah 11 - Rumah En. Ishak Sudin juga terletak di Kaw Mukim Ijok Perak. Anak 10 orang yang sulong 14 tahun dan yang bongsu 1 tahun. Kerja menoreh pendapatan RM400. Keadaan rumah
yang daif dengan bilik air berdindingkan plastik dan tidak berbumbung.
Tandas yang sungguh antik. Beginilah keadaan rumah-rumah fakir miskin
yang sempat diambil, masih ada yang lebih teruk dari gambar-gambar ini.





Untuk keluarga ini juga bilik air dan tandas mereka perlu di perbaiki juga kos anggaran sebanyak Rm1,000/=









Misi Bantuan pertama diagih pada Hari Raya Aidil Adha kepada 10 keluarga. Mereka semua tinggal di Kg Anak Sg Rambutan, Sungai Bayor 34140 Selama Perak. Misi seterusnya akan disambung pada keesokan hari iaitu 09/12/08, bantuan akan di hantar ke kawasan Ijok Hulu Perak.

Rumah 10 - Rumah Puan Norhashimah Lazim 40 tahun, ibu tunggal sakit mental anak seorang lelaki berumur 18 tahun bekerja di ladang sawit.


Rumah 9 - Puan Halijah Mat Dom tinggal di Lot 4679 warga tua yang menjaga 2 orang cucu yatim berumur 10 tahun dan tingkatan 3. (tidak ada gambar rumah)

Rumah 8 - Rumah Puan Rohaya Omar (Ic:711124-08-5060) Suami berkerja di ladang kelapa sawit pendapatan RM400 sebulan. Anak seramai 5 orang sulong Ting 3 dan yang bongsu 5 tahun. 4 orang masih bersekolah.


Rumah 7 - Rumah Puan Salmah Mat Isa (Ic:510223-08-54280) Suami seorang penoreh getah
anak 3 orang. Telah mendapat peruntukan berpindah ke rumah yang baru dalam masa terdekat.




Rumah 6 - Rumah Awang Baharom berusia 90 tahun tinggal bersendirian di rumah ini. Salah seorang anak nya tinggal berdekatan dengan beliau yang tolong memasak makanan dan di hantar ke rumahnya.

Rumah 5 - Rumah Puan Siti Hajar Abd Rahman (Ic:730623-08-6432) mempunyai 7 orang anak yang sulong 16 tahun dan bongsu 2 tahun. Anak yang bersekolah seramai 5 orang. Pendapatan suami antara RM300-RM400 pekerja kontrak. Beliau sendiri terpaksa berkerja di ladang ayam beri makan dan kutip telur ayam untuk menambah pendapatan.



Gambar sebelah kanan sekali, walaupun dapat peruntukan dari kerajaan dulu sebelum piliharaya tetapi keadaan saperti melepas batuk di tangga kos binaan RM10,000 tetapi tidak ada bilik , bilik air dan dapur. Mereka terpaksa mengguna bekas rumah lama untuk memasak dan mandi saperti gambar dibawah.

Rumah 4 - Rumah Puan Rosanah Said (Ic: 570502-08-6874) seorang ibu tunggal mempunyai 7 orang anak yang bongsu 7 tahun. Pendapatan hanya bergantung pada anak yang sulong (sudah kahwin juga kena sara keluarga sendiri ) dan kedua yang berkerja di kampung saperti menoreh atau kutip kelapa sawit.







Rumah 3 - Rumah Puan Halimah Ismail seorang ibu tua yang menjaga anak perempuannya berusia 30 tahun mempunyai anak 2 orang 6 / 8 tahun yang sakit TB (tulang reput). Puan Halimah juga menjaga cucu-cucunya yang telah ditinggal oleh ayah mereka yang tidak dapat dikesan. Lihat gambar keadaan dalam rumah Puan Halimah.

Rumah 2 - Puan Fatimah bt Kadir - Anak 2 orang 10 tahun / 6tahun - pekerjaan suami menoreh getah. Pendapatan RM300-RM400 sebulan.




Rumah 1 - Puan Siti Fatimah Mohd Yusof (IC: 720427-08-5900) bersama anak nya sedang menerima bantuan makanan dari kami. Mempunyai 3 orang anak antara 9 tahun - 11 bulan. Suami berkerja di kampung pendapatan sekitar RM400. Alamat : Kg Anak Sg Rambutan Sungai Bayor 34140 Selama Perak. Rumah yang lama dan di sebelah kanan baru tambah atas ehsan ramai. Tidak ada bekalan air memerlukan anggaran RM2,000 untuk menyambung paip ke rumah nya.


Gambar-gambar yang telah diambil ketika ibadah korban sedang dijalankan di kampung Sg Rendang Selama Perak.



















Barang-barang diletak di dewan untuk diagihkan kepada keluarga miskin. pekerja sukarela telah sama-sama membantu untuk membahagikan makanan kepada 30 keluarga fakir miskin.

Membuat pembayaran bil kepada cashier di Giant.

Barang sedang diangkut
naik keatas 4 wheel drive untuk dibawa ke Selama Perak.









Kami singgah di Giant Taiping pada hari Ahad 7/12/08 sehari sebelum hari raya untuk membeli barang-barang.



















































































































































































































Sunday, November 2, 2008

Profile Ibu Tunggal & Fakir Miskin

Profile ringkas mengenai ibu tunggal dan fakir miskin di Selama Perak.

1. Ramlah Yahya - 710219-71-5120 - anak 3 orang masih sekolah - kerja kampung pendapatan RM450 sebulan.

2. Hamidah Mat Piah - 750618-08-5804 - anak 7 orang, sulung cacat yang lain masih sekolah - kerja tukang sapu.

3. Siti Zainab Abdullah Hamad - 540703-08-6208 - anak 4 orang - kerja kampung pendapatan tidak menentu kurang RM400 sebulan.

4. Umi Kalsom Mat Piah - 480718-08-5396 - anak 3 orang - niaga kecilan saperti sayur di pekan Ijok.

5. Sawiah Awang Lembek - 500310-08-5574 - anak 4 orang, 2 orang masih sekolah - pendapatan kurang RM400 sebulan.

6. Noriah Khalik - 560817-08-5500 - anak 3 orang - kerja kampung pendapatan RM400.

7. Rosmawati M Sudin - 740324-08-6346 - anak 2 orang masih sekolah - kerja kilang.

Semua diatas dari Kg Jerneh Mukim Ijok.

8. Normah Dahalan - 650504-08-5656 - anak 5 orang masih sekolah - kerja kampung pendapatan RM300 sebulan.

9. Zabedah Mt Isa - anak 3 orang semua dah meninggal - warga tua xde ic.

10. Rahmah Ahmad - 340301-08-5230 - warga tua yang sedang uzur.

Semua diatas dari Kg Jemberang Star Mukim Ijok.

11. Sariah Samad - 540830-08-6112 - anak 3 orang - kerja kampung pendapatan RM450 sangat dhaif dari Kg Gudang.

12. Siti Esah Hamid - 520529-08-6112 - anak 3 orang - xde kerja dari Kg Gudang.

13. Maimunah Ali - 430125-08-6112 - anak cacat perlu rawatan -kerja kampung pendapatan RM300 sebulan dari Kg Nering Bkt Mukim Ijok.

14. Peah Abdullah - 280326-08-5374 - warga tua uzur - xde pendapatan sebatang kara dari Kg Bkt Nering Mukim Ijok.

15. Rohani Ramdzan - 600614-08-5854 - anak 2 orang masih sekolah - kerja menoreh getah pendapatan RM250 sebulan - suami meninggal kemalangan jalaraya.

16. Syakirah Sulaiman - 782611-08-6116 - anak 5 orang - kerja menoreh getah pendapatan RM250 sebulan - pesakit Leukimia kritikal kos rawatan tinggi - ditinggal suami.

17. Chik Dahalan - 431212-08-6186 - anak OKU seorang - kerja menoreh getah pendapatan RM250 - RM400 sebulan suami meninggal.

18. Jamilah Saad - 420110-08-5852 - anak 3 orang - pendapatan RM150 sebulan sumbangan dari anak-anak sahaja sebab anak-anak pun susah - warga emas - rumah amat dhaif.

19. Sarimah Hamzah (arwah) - 750822-08-5908 - baru meninggal akibat radang paru-paru - anak seorang 8 tahun (yatim) tinggal dengan ibu saudara yang ada anak OKU.

Semua diatas dari Kg Sg Dendang Mukim Ijok.

kepada sesiapa yang ingin membantu sila hubungi di talian  019-2224474 Puan Siti atau boleh bank-in terus ke Maybank 5620 8558 1017 Al Jauhar Ent.
Sama-samalah kita membantu setakat yang mampu kepada mereka-mereka yang tersebut diatas sebagai saham akhirat kita.
"Ya Allah Engkau lapangkan lah dan buka lah pintu-pintu rezeki mereka dan kami, agar kami dapat membantu mereka golongan dhaif yang memerlukan bantuan. Amin " .

Monday, October 6, 2008

Misi Kebajikan Di Penang & Perak

Ini adalah kediaman Pn Norizan Hussain OKU(pekak), berumur 41 tahun. Suami beliau En Rosli Maarof berkerja di kampung dengan pendapatan RM400 sebulan. Alamat : Kg Baru, Sg Dendang Kubu Gajah 34130 Selama Perak. Sila lihat di gambar bagaimana katil tidur nya berhadapan dengan dapur dan keluasan rumah hanya 15 x 6 kaki. Fikir-fikirkan dan banding dengan rumah kita yang 1000 kali Allah beri nikmat kepada kita berbanding mereka. Keadaan disana amat sedih sekali, ada ketika rombongan dari muslimat Subang Suria membuat lawatan disana (bulan Jun) ada yang terduduk diatas tangga tidak dapat menahan kesedihan menangis melihat keadaan yang amat daif disana. Saya amat berharap agar kita dapat teruskan jihad membantu golongan fakir miskin walau dimana jua mereka berada. Hubungi ditalian 019-2224474 
Kelihatan dalam gambar diatas En. Mohd Zakaria abang kepada ibu tunggal bernama Ruzainah Abd Hamid yang kematian suami 6 tahun lalu. Beliau mempunyai 5 orang anak antara 15 - 2 tahun tinggal dirumah yang tersiar ini. Alamat : 3270 Batu 1 1/2 Jalan Ijok Kg Sg Dendang 34130 Selama Perak. Keadaan rumah yang sangat daif di luar dan dalam tanpa air dan letrik. Buat masa ini beliau banyak menumpang dirumah abang nya. Abang beliau juga hanya berkerja di kampung pendapatan tidak mencukupi untuk menampung ibu tunggal dan anak-anak yatim tersebut. Kepada sesiapa yang masih ingin membantu saya berharap kita membina rumah ini kembali agar mereka dapat tinggal disitu dengan selesa. Sila hubungi 019-2224474
Gambar diatas adalah wakil dari seorang ibu tunggal yang tidak dapat hadir, beliau Pn. Siti Rafidzah menerima bantuan bagi pihak ibu tunggal dan anak-anak yatim berumur antara 15 tahun - 2 bulan. Ibu tunggal tersebut bernama Saadiah Kassim berumur 36 tahun mempunyai 6 orang anak, baru kematian suami 2 hari sebelum umat Islam mula berpuasa (1429) kerana kemalangan jalanraya. Alamat : 1499 Kg Manggis Simpang 4, Seberang Prai Selatan Pulau Pinang.
Rumah anak-anak yatim yang tinggal bersama ibu dan nenek mereka di Jln Tg Tokong PEN. Kelihatan didalam gambar saya sedang mengagihkan duit raya kepada mereka. Arwah bapa mereka telah kembali ke rahmatullah pada 26/10/2006, ibu mereka Pn. Marzlina hanya berkerja sebagai housekeeping di sebuah hotel di Penang dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan. Abang sulong dan yang kedua buat masa ini telah diambil oleh Ust Hafiz yang mengurus Pondok Al Fateh Tahfiz & Vokasional di Arau Perlis, buat masa ini mereka berdua masih belajar di Pondok ini .
Gambar 1 - Ibu Tunggal ini bernama Hanisah Mohd Noh berumur 31 tahun mempunyai 3 orang anak antara 8-12 tahun. Mereka tinggal di E1-19 Flat Pauh Damai, Taman Pauh, Permatang Pauh. Arwah suami meninggal didalam kebakaran ketika mereka 4 beranak keluar ke kedai, semasa itu arwah suami beliau demam. Beliau cuma berniaga kecilan untuk menampung keluarga.
Gambar 2 - Ibu tunggal ini bernama Wanby Mohamad berumur 57 tahun dan mempunyai 2 orang anak seorang telah berkahwin dan seorang lagi OKU (umur 18 tahun)didalam jagaan beliau. Beliau telah ditinggalkan oleh suami semenjak 18 tahun dan tidak ada apa-apa nafkah hanyalah pekerjaan beliau sebagai housekeeping di Hospital Adventist Penang dan berkerja sambilan di sebuah klinik berdekatan sebagai cleaner untuk menambah pendapatan. Beliau menyewa rumah Rm350 sebulan. Alamat : 462-A Jln Tg Tokong Penang.
Gambar 3 - Ibu tunggal ini bernama Norkiah Noh berumur 37 tahun, mempunyai 3 orang anak antara 15-7 tahun. Suami menhilangkan diri semenjak 1 tahun lalu. Beliau berkerja sebagai housekeeping di sebuah hotel di Penang untuk menampung keperluan anak-anak. Sewa flat Rm350 selain itu keperluan persekolahan anak-anak perlu ditanggung sendiri. Pendapatan bulanan kurang RM1,000. Alamat : D.15.1 Flat Uda Tanjong Tokong PEN.
Ustaz Yusni adalah mudir Sek Ren Islam Bahrul Ulum yang terletak di Permatang Pauh, buat masa ini beliau mengendalikan sekolah tahfiz ini di rumah kedai tiga tingkat disitu dengan menyewa bangunan buat sementara waktu. Beliau telah melancarkan kutipan dana untuk sekolah ini pada bulan lepas bagi tapak sekolah yang baru iaitu terletak di Bukit Minyak Seberang Prai. Bantuan yang dihulurkan adalah untuk keperluan pembangunan sekolah di tapak yang baru. Setakat ini kutipan sebanyak RM100,000.00 telah diperolehi dan kepada sesiapa yang ingin menyumbang sila hubungi 019-2224474
Semasa perjalanan pulang ke Shah Alam pada 4/10/08 dari Penang saya dan keluarga mengambil kesempatan melawat beberapa tempat untuk menghulurkan bantuan kepada mereka golongan yang daif. Antara tempat yang saya dan keluarga singgah ialah Permatang Pauh, Seberang Jaya, Alma Jaya Bukit Mertajam dan Selama Perak. Alhamdulillah kami dapat menyampaikan bantuan kepada mereka semua dengan apa yang kami terima daripada individu-individu dan syarikat yang memberi amanah kepada kami untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Kepada semua dermawan, saya bagi pihak mereka yang menerima bantuan mengucapkan ribuan terima kasih Jazakallah Khairan Kathiran semoga Allah memberi ganjaran dan keberkatan didalam hidup tuan/puan dengan usaha murni kalian semua. Beberapa gambar telah diambil sepanjang misi tersebut saperti diatas. Saya merayu kepada semua agar dapat menghulurkan bantuan sumbangan sekiranya mampu dan mencukupi dana kutipan insyaAllah saya ingin mebaik pulih rumah ibu tunggal bersama 6 orang anak yatim dan fakir miskin daif di Selama Perak.
Kepada sesiapa yang ingin memberi bantuan berupa zakat , fidyah , atau keperluan lain boleh menghubungi saya saperti tertera diatas. 
Sama-sama lah kita melakukan amal jariah ini dan kepada yang ingin mengikuti misi kebajikan seterusnya saya akan ke Selama Perak pada insyaAllah 25 - 26/10/08 untuk menghulur bantuan kepada penduduk Mukim Ijok Selama Perak yang lagi daif dari gambar diatas ini. Semoga amal dan kehidupan kita diberkati Allah S.W.T.